BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS


.: Don't compare your life to others'. You have no idea what their journey is all about :.

Tuesday, May 26, 2009

aku salah ke??




Mak aku pernah tanya pada aku...,

" Kenapa tak cari cinta? "


Aku pelik kenapa dia tanya aku macam tu. Maybe dia risau agaknya tengok aku tak pernah nak tunjuk minat pada benda-benda macam ni... Mak...anak mak ni masih normal macam perempuan-perempuan lain. Lagipun, aku ni kecik lagi la... Baru 19 tahun!

Tapi aku cakap pada dia...,

" TAK NAK"

Bila aku cakap macam tu, mesti orang cakap aku ni sombong, ego, perasan bagus! Tapi diorang semua tak tahu apa yang aku rasa sebenarnya. Hanya Mira, sahabat baik ku dunia akhirat, yang tahu segala-galanya apa yang aku rasa...

Aku akui, setiap orang memerlukan cinta. Semua orang ingin rasa menyayangi dan disayangi. Tipulah kalau ada yang kata...,

" Ah! Aku tak nak bercinta! Aku tak perlukan cinta! "

Aku mengaku...aku pernah cakap macam tu. Tapi sebenarnya mulut kata lain, hati cakap lain. Hakikatnya, aku ni sebenarnya ego! penakut! Aku takut hendak ambil risiko. Aku masih tidak bersedia untuk memberi sebarang komitmen, tanggungjawab dan pengorbanan dalam hubungan percintaan.

Jika dalam hubungan kekeluargaan dan hubungan persahabatan pun aku tak boleh nak bagi seluruh komitmen, tanggungjawab dan pengorbanan yang sempurna, macam mana aku nak tambah lagi beban dengan hubungan percintaan?

Aku tak nak orang tahu kelemahan aku...
Aku tak nak orang menanggung perasaan makan hati dan sakit hati sepertimana Mira pernah lalui...
Aku tak nak sakitkan hati orang lagi...
Aku masih lagi tak bersedia...

Realitinya, aku masih seperti orang lain. Aku sedang menunggu bilakah waktunya untuk aku bersedia bercinta akan tiba dan siapa yang akan jadi MR. RIGHT aku. Aku juga sedang mengharap agar MR. RIGHT aku yang akan muncul suatu hari nanti untuk melengkapi diri aku itu boleh menjadi seperti Mira; boleh menerima kelemahan aku, tak biarkan aku terkapai-kapai...
Apa-apa pun, aku hanya berpegang pada satu prinsip...,

" Sesungguhnya lelaki adalah pemimpin kepada wanita. Andai belum sampai jodohmu, anggaplah bahawa lelaki yang kau nantikan itu sedang membina sahsiah kepimpinannya bagi memimpin dirimu. Kerana pada wanita itu pasti ada kekurangannya dan lelaki yang benar-benar layak pasti akan hadir untuk melengkapkan kekuranganmu... "


Buat masa sekarang, aku hanya nak fokus pada satu; PELAJARAN! Tu
yang lebih penting...sebab pelajaran merupakan pelaburan yang amat besar untuk dijadikan sebagai jaminan masa depan... :)

my dear buddy....


NOOR AMIRAH BT AHMAD...
Dia sahabat baikku.
Dia rakan karibku.
Dia bestfriend ku.
Dia 'belangkas' ku.


Nak sebut benda tu semua, memang senang. Tapi nak dapatkan benda tu, Ya ALLAH... hanya Tuhan yang tahu.
Tidak semua orang mempunyai persahabatan seperti itu.

Aku boleh dikira bertuah kerana mempunyai persahabatan yang begitu akrab dalam usia yang muda. Tapi, seperti apa yang aku katakan tadi, nak dapatkan SEORANG sahabat baik, memang sangat payah...!! Ia memerlukan TANGGUNGJAWAB. Manakala tanggungjawab pula memerlukan KOMITMEN dan PENGORBANAN.

Bila sebut tentang pengorbanan, Mira (thats what I call her) memang dah banyak buat pengorbanan untuk aku. Dia telah mengorbankan masa, tenaga dan perasaan untuk aku. Dia banyak membantu aku dalam apa jua pun sama ada pelajaran mahupun hal-hal peribadi.

Tapi yang paling aku kagum, dia paling banyak berkorban untuk aku dari segi perasaan. Dia selalu makan hati dengan aku sebab aku ni seorang yang pentingkan diri sendiri, ego, degil, keras kepala, panas baran, tak fikir perasaan orang lain, ....... macam-macam lagilah!

Tapi dia sabar...dia terima je apa yang aku buat. Bila dia dah tak tahan, dia nangis sorang-sorang. Aku kesian kat dia. Tapi nak buat macam mana? Tu semua dah memang sifat aku. Pernah orang tanya pada dia, macam mana dia boleh jadi bestfriend aku? Macam mana dia boleh tahan dengan aku? Nak tahu dia jawab apa...??

Dia cakap...,

" Setiap orang mempunyai kelemahan masing-masing. Dan setiap orang memerlukan orang lain untuk melengkapi antara satu sama lain supaya kelemahan itu dapat diubah menjadi sempurna. Kita memerlukan orang lain untuk melengkapi kelemahan kita melalui sebuah perhubungan. Di dunia ni, ada banyak perhubungan; hubungan kekeluargaan, hubungan percintaan, hubungan persaudaraan, dan macam-macam lagi. Tapi dalam kes aku dan dia, ianya digelar hubungan PERSAHABATAN"

Aku rasa terharu bila dia cakap macam tu. Dia sangat memahami aku dan tidak terus menghukum aku. Malah dia membantu aku dengan selalu tegur aku bila aku terbuat silap. Dia tahu, aku bukannya sengaja nak buat benda-benda tu semua dan aku selalu tak sedar apa yang aku dah buat telah menyinggung perasaan orang lain.

Alhamdulillah...dengan berkat pertolongan dari Mira, aku amat bersyukur bahawa semua sikap negatif aku beransur kurang walaupun ianya masih ada.

Itulah pengorbanan Mira untuk hubungan persahabatan kitorang dan inilah komitmen serta tanggungjawab aku untuk terus berubah kepada yang lebih baik supaya hubungan kitorang kekal harmoni sehingga ke akhir hayat...

Aku berdoa...,


" Ya ALLAH,
Sahabatku buah hatiku,
Mesra kami penawar duka,
Rindu kami menambah cinta,
Rajuk kami membuah ceria.
Ya ALLAH,
Silaturrahim kami ukhwahfillah,
Bermusuh kami na'uzubillah,
Berpisah mati innalillah,
Pengubat hati doa rabitah.
Ya ALLAH,
Rahmati kami meniti usia,
Terpisah kami di alam nyata,
Temukan semula di TAMAN SYURGA... "

Monday, May 25, 2009

puteriku sayang


aduhai puteriku sayang...
lembutmu tak bererti
kau mudah dijual beli
kau mampu menyaingi
lelaki dalam berbakti

lembut bukan hiasan
bukan jua kebanggaan
tapi kau sayap kiri
pada suami yang sejati

di sebalik bersih wajahmu
di sebalik tabir dirimu
ada rahsia agung
tersembunyi dalam diri

itulah sekeping hati
yang takut pada Ilahi
berpegang pada janji
mengabdikan diri

malumu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama

tiada siapa yang akan boleh merampasnya
melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

ketegasanmu umpama benteng negara dan agama
dari dirobohkan dan
juga dari dibinasakannya

wahai puteriku sayang
kau bunga terpelihara
mahligai syurga itulah tempatnya...

Saturday, May 23, 2009

cinta


cinta... best ke? maybe best kot... tapi adakah rupa cinta tu macam gamba ni? nampak segar...sihat...merah menyala...berseri-seri...rasa happy...




ataupun macam ni? nampak menyakitkan...terseksa... merana...sengsara...sedih...




mmm...sebenarnya...dua-dua gamba ni akan ada time bercinta. cinta akan hambar kalau kita happy je dan makin tak best kalau sedih je. macam dalam kehidupan...kita perlu buat macam-macam untuk buat hidup kita ni lebih warna-warni. time bercinta pun macam tu juga... kita kena fikir sendiri macam mana nak buat cinta kita tu colourful!!

so, bagi yang sedang hangat bercinta, jangan terlalu sedih bila diberi dugaan dan jangan terlalu happy bila bahagia. hidup tak selalu indah. kadang-kadang hujan akan turun waktu petang. tapi hidup juga tak selalu kejam. pelangi akan muncul lepas hujan waktu petang...

LIFE IS SHORT...SO MAKE IT MEANINGFUL EVEN IT IS VERY HURT....

Friday, May 22, 2009

my happiness, my life, my soul...


Keluarga aku adalah nyawa aku

Aku akan happy bila keluarga aku happy
Hidup ni takkan bermakna kalau tak ada keluarga

Tapi hidup akan lebih sia-sia kalau...
Ada keluarga tapi tak ada kasih sayang


NOW I wanna tell u about MY FAMILY



this is my lovey dovey family

Walaupun family aku tak besar,
Tapi kitorang semua sangat happy when we are together!! :)
We are six in one!


this is my crazy siblings

Ni la putera puteri dalam hati pakcik Arbange & makcik Salmiah!
I love all of you! :)


this is my funkiest cousins

All of us have their own rythm...
All of us has their own role to fulfill the emptiness in each other's world...

And all of us has a lot of sweet memories that has been shared together...
I hope that we will be so closed together forever and ever!!
Nothing can cut out our bond....!!!!


this is my ayah

Nama ayah Arbange bin Ismail
Mak cakap...
muka ayah macam Nordin Ahmad! haha :D
Dia tak garang tapi panas baran. hehe
Dia sporting dan kelakar :D
Tapi dia sangat tak suka kalau...
anak2 dia khianati kepercayaan yang dia dah bagi...huhu



this is my mak
Nama mak Salmiah bt Ismail
Hah! Jangan salah sangka pulak...!!

Mak dengan ayah bukan adik beradik

Cuma kebetulan je nama atuk sama...hehe

Mak pulak sangat open minded

Dia sangat faham kitorang

Dia ni macam ahli sihir!

Sebab dia tahu apa yang anak2 dia buat walaupun kitorang tak bagitahu!

Pelik kan??



this is my akak
Nama akak Rafizah
Orang cakap dia cute

Yeke? Agaknye lah kot...hehe :P

Dia ni macam ayah; kelakar!

Family kitorang tak ceria kalau dia tak ada sebab...

dia suka buat lawak bodoh!

Dia memang gila! hahaha :D



this is my 1st bro
Nama adik aku ni Zul Naim
Nyang aku cakap, muka dia macam Alif Aziz
Aku tengok, tak pun...
Mmm...whatever...hehe
Dia ni agak panas baran
Dia ni suka menonjolkan diri sebab...
dia suka colour2 yang striking!
Dia jugak suka dengar lagu...lalalala


this is my 2nd bro

Nama adik aku yang ni pulak Ain Fikri
Dia anak bongsu
Dia ni agak emosional
Dia sanggup berlapar kalau mak tak nak makan dengan dia!
Ish! Macam2...
Lagi satu, dia ni playboy!
Dia ada banyak awek!
Pelik2....hehe


THATS ALL ABOUT MY FAMILY
FAMILY IS EVERYTHING
THEY ARE PRICELESS AND VERY VALUABLE
I LOVE ALL OF YOU SOOOOOO MUCH!!! :)




Thursday, May 21, 2009

baby



Baby comel kan? Aku suka tengok muka baby...muka diorang suci je... Tapi aku pelik. Kenapa ada yang buang baby macam buang sampah? Kalau sorang @ 2 orang yang buang, takpe jugak... Ni tak! Makin ramai! Sampai hati manusia-manusia yang buang baby macam tu je! Binatang pun sayang anak tau! Diorang ni lagi teruk dari binatang! Diorang ni dah tak ada perasaan ke? Dah tak ada sifat belas kasihan? Kejam sungguh! Baby tu tak bersalah... Baby-baby yang kena buang tu tak mintak pun diorang dilahirkan macam tu... Baby-baby tu pun tak nak la... Manusia-manusia yang kejam ni dah la buat dosa dengan berzina, lepas tu tambah lagi dosa dengan bunuh baby-baby tu!!!

Aku sedih....sedih sangat....setiap kali buka paper nak baca, mesti ada je cerita baby kena buang. Hari-hari! Apa nak jadi dengan dunia sekarang ni??!!! Aku makin pelik bila ada lagi perempuan-perempuan yang buang baby macam tu je...diorang tak terfikir ke saat-saat diorang susah payah pregnant, lepas tu dah sakit-sakit nak beranak....diorang tak fikir ke?! Diorang tak sayang ke baby yang diorang kandung selama 9 bulan? Nak beranak tu sakit...susah...ingat senang-senang ke macam nak buang air besar?

Ya ALLAH...baby-baby tu semua baru nak lihat dunia...tapi sayang...hak diorang dah dirampas sebelum diberi peluang... Mungkin ada baiknya baby-baby tu pergi menghadap Ilahi daripada hidup di dunia yang penuh duri beracun ni. Nak tau kenapa aku cakap macam tu? Aku cakap macam tu sebab kalau baby-baby tu hidup kat dunia ni, aku rasa bila diorang dah besar, diorang akan dihina oleh masyarakat sekeliling. Yela...walaupun negara kita dah maju, tapi pemikiran kita masih lagi terkongkong...terutamanya segelintir orang Melayu. Suka sangat bertindak bagaikan dia lah Tuhan. Asyik nak menjatuhkan hukuman pada orang yang tak bersalah. Konon-kononnya merekalah yang sempurna! Maaf ye kalau apa yang aku tulis ni akan membuatkan sesetengah pihak terasa hati. Ni cuma apa yang aku rasa, rintihan hati aku, pendapat aku sebagai seorang masyarakat...wassalam.



Thursday, May 14, 2009

first time


Ni first time aku tulis dalam blog. Rasa teruja pulak. Hehe. Sebenarnya, aku start tulis dalam blog ni sebab terpengaruh dengan member2 aku. Tengok diorang tulis dalam blog macam best je...aku pun nak try la. Lagipun tak salahkan kalau aku nak mengimprovisasi hobi aku ni; menulis... Penat lah asyik tulis dalam kertas je...tulis2, buang...tulis2, buang...macam buat benda yang sia-sia pulak. Hehe. Aku tulis ni pun sebab nak luah apa yang aku rasa dan nak cerita apa yang terjadi di sekeliling aku sepanjang aku hidup sebagai manusia...