BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS


.: Don't compare your life to others'. You have no idea what their journey is all about :.

Sunday, August 21, 2011

Jangan Merungut



Allah Maha Penyayang.
Dia uji kita kerana sayang.
Kalau lulus ujian, Dia beri kita ganjaran.
Itu juga menunjukkan yang Dia sayang kita.
Tetapi jangan merungut di atas ujian yang diberi.
Jangan dipersoalkan ujian itu.
Yang baik pada pandangan kita, belum tentu baik pandangan Allah.
Pernah dengar tak nikmat yang kecil diganti dengan nikmat yang lebih besar?

There is a story.
Not important to others, but important to me.
Hanya cerita picisan tapi sangat bermakna pada empunya badan.
And it is my own story.
It really happened to me.
Aku ada ujian JPJ masa 10 Ogos 2011.
Aku overconfident tapi gopoh.
Mungkin sebab nak cepat habis.
Ditakdirkan Allah, aku gagal ujian tu.
Gagal pada peringkat terakhir; 3 penjuru.
Secara jujur, aku tak sedih walaupun sedikit terkilan.
Aku tak merungut "kenapa aku gagal?"
Tapi aku sebut Alhamdulillah...
Aku terima dengan redha...
Aku ambil balik ujian tu pada 20 Ogos 2011.
Alhamdulillah...
Aku lulus!!
Aku buat dengan rasa confident tapi berhati-hati.
Everything run smoothly.
Dan semua JPJ pada hari tu sangat baik, beri arahan dengan sopan dan peramah.
Rupa-rupanya Allah nak beri aku nikmat yang lebih besar.
20 Ogos 2011 hari yang sangat indah.
Sebab...

* Jatuh pada bulan Ramadhan, hari ke 20 kita berpuasa.
* Juga pada bulan kemerdekaan.
* Hampir kesemua ahli keluarga ada pada hari tu.
* Dan yang paling indah, ianya adalah HARI KELAHIRAN AYAH! It is my father's birthday!

Ya Allah...
Dia nak aku kongsi nikmat ini pada hari yang indah bersama orang-orang yang tersayang.
Dia tak bagi nikmat yang kecil sebab nak bagi nikmat yang lebih besar.
Dia tak bagi nikmat yang manis sebab nak bagi nikmat yang lebih manis!
Subhanallah...
Begitu caranya Allah sayangkan kita...
Dia halang nikmat dengan sedikit ujian sebab nak bagi nikmat yang lebih indah...

p/s: Mulut sentiasa berzikir masa tunggu giliran sebab nak hilangkan nervous. Alhamdulillah! It works! Hati rasa tenang... =]


Sunday, August 14, 2011

Maaf Itu Mahal?




Perkataan "maaf" tu mahal ke?
Agak2 berapa harga perkataan "maaf" ye?

Hmm...
Tak ramai yang hendak menjual perkataan "maaf".
Dan hanya sedikit yang sanggup membeli perkataan "maaf".
Ada yang menganggap maaf itu sangat mahal harganya kerana perlu dibayar dengan matawang "ego".

Kenapa? Konfius? hehehe.
Menjual bermakna memberi.
Menjual "maaf" ibarat kita memberi kemaafan kepada orang lain.
Tetapi membeli bermakna meminta.
Maka membeli "maaf" ibarat kita meminta kemaafan dari orang lain.
Menjual dan membeli maaf akan terjadi kalau ada yang sanggup bayar dengan ego yang rendah.

Hah? Bayar dengan ego yang rendah?
Maknanya murah lah harga maaf ni...
Tapi!! Kenapa mereka rasa mahal??


A: Ah! Aku tak akan minta maaf! Dia yang salah! Dia yang mulakan dulu! Dia yang patut minta maaf kat aku dulu!

B: Aku tak akan maafkan dia! Sakit sangat hati ni! Kau nak suruh aku maafkan dia? Senangnya kau cakap... bukannya kau yang kena! Bukan hati kau yang sakit!


Huh! Itulah manusia...
Lebih mengagung-agungkan ego daripada silaturrahim.
Lebih mengagung-agungkan wang ringgit daripada makna kehidupan itu sendiri.
Besar sangatkah nilai ego tu?
Tak sanggup bermaaf-maafan sesama sendiri?

Manusia juga yang cakap mahukan hak kebebasan.
Heboh satu dunia sambil cakap, "Aku mahu bebas!"
Tapi kenapa biarkan diri sendiri terbelenggu, dipenjara dengan rasa ego tu?
Kenapa menjadi hamba kepada ego?

Siapa kita tak nak minta maaf pada orang lain?
Siapa kita tak nak maafkan orang lain?
Besar sangat ke pangkat kita?

Kita ni hanya manusia yang hina dan kerdil di sisi ALLAH SWT.
Sedangkan Sang Pencipta ampunkan hamba2nya,
sedangkan yang Maha Berkuasa ampunkan dosa2 hambanya jika hamba2nya bertaubat,
tapi siapa kita yang asyik mendabik dada sambil pertahankan ego sendiri?
Jika kita sendiri mahukan ALLAH ampunkan dosa2 kita bila kita memohon ampun,
jadi kenapa kita tak nak maafkan orang lain bila ada yang meminta maaf?

Marilah kita sama2 minta maaf dan maafkan orang lain.
Tak mahal pun harganya.
Hanya bayar dengan ego yang rendah.
Malah lagi rendah ego, lagi cantik maaf yang diiberi dan diterima.


p/s: Berdoa "aku maafkan sesiapa sahaja yang berbuat salah padaku" setiap kali sebelum tidur dan ketika bangun tidur. =]


Wednesday, August 10, 2011

Impian Setinggi Gunung



Banyak2 tempat, tempat yang PALING aku suka ialah AIR TERJUN.
Aku sangat suka air terjun.
Tempat yang paling aku suka pergi adalah air terjun.
Suasana yang paling indah adalah suasana yang ada di persekitaran air terjun.
Bunyi yang paling merdu adalah bunyi desiran air terjun.
Bagi aku, air yang paling sejuk dan nyaman adalah air terjun.
Tempiasan air terjun ke muka aku adalah detik2 yang membahagiakan.
Aku dah melawat banyak air terjun di seluruh dunia.
Ehem2... jangan salah faham.
Melawat di alam maya sahaja yang aku mampu. Hehehe.
Subhanallah...
Sungguh indah ciptaanMu Ya Allah...
Hadiah yang sangat indah buat hamba2Mu di muka bumi ini Ya Allah...
Subhanallah...
Jom kita nikmati hadiah ini bersama-sama supaya keindahannya dapat kita rasa bersama... =]


1. Air Terjun Yinlianzhuitan, China.


2. Air Terjun Triberg di Sungai Gutach, Jerman.


3. Air Terjun Tti Lord Su, Thailand.


4. Air Terjun Sutherland, berdekatan Milford Sound, Selatan New Zealand.


5. Air Terjun Sai Yoke, Thailand.


6. Air Terjun Pearl Shoal, China.


7. Air Terjun Minas Viejas, Mexico.


8. Air Terjun Maruo, Kyushu, Jepun.


9. Air Terjun Kaieteur di Sungai Potaro, Guyana, Selatan Amerika.


10. Air Terjun Inga di Sungai Congo (juga dikenali sebagai Sungai Zaire), Afrika.


11. Air Terjun Huangguoshu (juga dikenali sebagai Air Terjun Yellow Fruit Tree) di Sungai Baihe, Anshun, Daerah Guizhou, China.


12. Air Terjun Gocta di Sungai Cocahuayco, Daerah Chachapoyas, Amazonas, Peru.


13. Air Terjun Dudhsagar, Daerah Salem di Goa, berdekatan sempadan Karnataka, India.


14. Air Terjun Multnomah, Lebuh Raya Sungai Columbia, Portland.


15. Air Terjun Choshi Ohtaki, Jepun.


16. Air Terjun Yosemite, Taman Negara Yosemite di Sierra Nevada, California, Utara Amerika.


17. Air Terjun Victoria (juga dikenali sebagai Mosi-oa-Tunya) di Sungai Zambezi, antara negara Zambia dan Zimbabwe, Selatan Afrika.


18. Air Terjun Tinago di Bandar Iligan, Lanao del Norte, Pulau Mindanao, Selatan Filipina.


19. Air Terjun Salto Angel, Gunung Auyantepui di Taman Negara Canaima, Sungai Gauja, Venezuela.


20. Air Terjun Niagara di Sungai Niagara, sempadan Amerika Syarikat dan Kanada, Daerah Golden Horseshoe, Selatan Ontario.


21. Air Terjun Iguassu, Argentina, Brazil.


22. Air Terjun Havasu di Havasu Canyon, Havasupai Indian Reservation, Arizona.


p/s: Ni la dinamakan impian yang menggunung. Semua tempat yang diimpikan pun memang dah tinggi menggunung dah ni... haish!


Monday, August 8, 2011

25 Oktober 2011



25 Oktober 2011...
Mungkin tak istimewa pada orang lain.
Tapi sangat istimewa pada aku.
Tarikh ni adalah penutup bagi episod lama.
Tiada kata yang mampu diucap.
Tiada kata yang mampu dirungkai.
Segala tangisan, gelak ketawa, penat lelah, suka dan duka yang pernah mewarnai hari2 ku dulu akan diakhiri dengan sebuah senyuman kebahagiaan di atas pentas kehidupan.
Alhamdulillah...
Ini hanyalah penutup episod lama... dan episod baru sedang menanti.
Aku akan tempuhi dengan diri yang lebih matang.
Insyaallah...


Sunday, August 7, 2011

Kulit Buku... Oh! Kulit Buku...



Wah2!!! Dah lama tak update. Lama sangat ni! Haaaa.... memandangkan dah lama tak membebel kat sini, hari ni nak cerita panjang2. (^_^)

Cerita hari ni tentang kulit buku. Tajuk kulit buku ni ialah " Don't judge a book by its cover " . =] Hmm... selalu dengar ayat ni kat mana2. Maksudnya, jangan menilai sesuatu atau seseorang melalui rupa luaran je. Tapi! Kita selalu diperbodohkan atau sengaja membodohkan diri sendiri dengan kelicikan Encik First Impression. (-_-")

Bila kita tengok kulit buku tu cantik, kita akan assume yang isi kandungan buku tu pun cantik menarik kau memang the bom! Itu first impression! Huh! First impression tak selalunya indah sampai bila2...

Bagi aku, tak semua yang cantik itu cantik dan tak semua yang hodoh itu hodoh. TAPI! (haish! banyak sangat tapi2... -_-" ) Macam mana kalau kulit buku tu transparent?? Sampai isi dalam pun boleh nampak dan dibaca??? Hohohoho sila jangan jadi mangsa simbahan asid Encik Transparent! Cuba fikir... betul ke apa yang kita nampak tu adalah isi kandungannya secara menyeluruh?? Kita cuma nampak yang bahagian atas je... Bahagian tengah, belakang, masih tersembunyi... Kita perlu selam hingga ke dasar untuk mengetahui buku tu tentang apa dan bagaimana "rupa" sebenar buku tu... So! Don't judge a book by its cover... =]

Hmm... walaubagaimanapun, manusia adalah makhluk yang paling sibuk sekali (tu apa yang diorang fikirkan). Sebahagian daripada diorang hanya membaca sinopsis di belakang kulit buku tersebut kemudian terus buat konklusi! Mereka membuat penilaian melalui sinopsis. WOW! Senangnya.... tapi sangat menyedihkan. Kita takkan dapat gambaran sebenar hanya melalui sinopsis je... Kita perlu membaca isi kandungan buku tersebut secara menyeluruh.

Situasi ini boleh diaplikasikan terhadap manusia sejagat. Kita tak boleh menilai orang lain hanya dengan mendengar cerita mereka melalui orang lain. Kita perlu selami hati diorang dan berkawan dengan diorang. Samalah macam jangan baca sinopsis je untuk buat konklusi! So! Don't judge a book by its cover... Amaran keras! Hehehehe (^_^)