BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS


.: Don't compare your life to others'. You have no idea what their journey is all about :.

Tuesday, February 14, 2012

Masalah Itu Indah




A: Awak pernah ada masalah?

B: Eh! Saya pernah.

A: Sekarang ni saya ada masalah.

B: Eh! Saya pun ada.

A: Pada pendapat awak, ada tak orang yang tak pernah ada masalah?

B: Eh! Ada ke? Mana ada orang yang tak pernah ada masalah?

A: Awak tak rasa ke masalah itu indah?

B: Eh! Kenapa pula awak cakap macam tu? Masalah tu hanya akan membebankan kepala kita. Indah ke macam tu?

A: =] Awak tak akan pernah nampak keindahan masalah kalau awak dah set di minda yang masalah itu membebankan.

B: Saya tak faham. Sila jelaskan.

A: Hmm... macam ni lah. Selama ni awak nampak masalah tu membebankan bukan? Cuba awak pandang masalah tu dari sudut yang lain.

B: Dari sudut yang macam mana tu?

A: Bagi awak, apakah ciri-ciri yang patut ada pada seorang sahabat?

B: Bagi saya, sahabat ialah seorang kawan yang jujur dengan kita dalam memberi teguran jika kita membuat kesilapan. Sahabat juga ialah seorang kawan yang ikhlas membantu untuk melihat kita berjaya maju ke hadapan.

A: Haaa...macam tu lah juga dengan masalah. Masalah ialah sahabat manusia yang sejati. Awak rasa dia kejam dan tak ada belas kasihan. Selalu menguji kita dengan perkara-perkara yang tak dijangka. Tapi sebenarnya itulah cara dia mendidik kita untuk maju ke hadapan. Dia datang bila ada kesilapan ataupun kerumitan. Itu cara dia menegur. Dan dia didik kita maju ke hadapan dengan membiar kita selesaikan sendiri kesilapan ataupun kerumitan tersebut. Kalau sahabat itu ada kategori, saya mengkategorikan masalah ini sebagai sahabat yang setia sebab tidak jemu-jemu datang menziarahi kita tetapi sangat garang dan tegas dalam mendidik!

B: Hmm... jadi apa kaitan dengan "masalah itu indah" ?

A: Kalau awak anggap masalah itu sahabat yang sejati dan bukan sahabat yang membebankan, awak pasti akan nampak keindahan masalah sebab dalam kehidupan, sahabat yang sejati ialah sahabat yang membantu. Tetapi sahabat yang membebankan ialah sahabat yang menindas. Kan jadi indah kehidupan kita kalau dikelilingi dengan sahabat-sahabat yang sejati?

B: Oh! Maknanya... kalau kita anggap masalah tu sahabat sejati, barulah kita akan nampak dan rasa keindahan masalah tu.

A: Yup! Kalau awak ditimpa masalah, janganlah merungut. Sebab dia hanyalah sahabat sejati yang tak pernah jemu datang untuk menegur dan mendidik. Hah! masalah juga suka bersahabat dengan semua orang. Tak kisahlah awak ni budak kecil ke, remaja ke, orang dewasa ke, ataupun orang tua, awak tetap akan berjumpa dengan sahabat awak yang bernama "Masalah".

B: (^_^)

p/s: Kadang-kadang bermonolog dengan diri sendiri adalah perlu untuk terapi minda. =]


Tuesday, December 13, 2011

Yang Mana Satu?




Antara tahu dan sedar...
Yang mana satu?

Tahu datangnya daripada akal.
Sedar pula daripada hati.

Kita tahu, tapi tak sedar...
Itulah yang selalu kita buat.

Situasi A: Kenapa ramai wanita Islam tak pakai tudung?

Mereka tahu, tak pakai tudung tu haram hukumnya.
Tapi kenapa tak pakai?
Rupa-rupanya mereka tak sedar akan azab yang menanti mereka.
Kalau mereka tahu dan sedar, sudah tentu mereka akan memakainya sebab takut akan azab yang menanti.

Situasi B: Kenapa masih ramai lagi yang menghisap rokok?

Mereka tahu, menghisap rokok tu membahayakan kesihatan.
Tapi kenapa masih hisap rokok?
Rupa-rupanya mereka tak sedar bagaimana buruknya kesan rokok tu.
Kalau mereka tahu dan sedar, sudah tentu mereka berhenti merokok sebab sayangkan diri sendiri.

Kita tahu, tapi tak sedar...
Kenapa?
Sebab tak ada penghayatan...

Apa yang kita tahu, hanya berlegar-legar di kotak fikiran.
Ianya tak diserapkan ke dalam hati.
Sebab tu tak ada kesedaran!

Akal dan hati perlu bergerak seiring.
Kita perlu tahu dan sedar dalam masa yang sama.
Akal hanya menerima dan memberi maklumat.
Tapi hati yang menjadi penggerak.

Antara tahu dan sedar...
Yang mana satu?

Oh! Kedua-duanya adalah perlu...

P/s: sumber inspirasi daripada "Beduk Diketuk", tulisan Pahrol Mohd Juoi...


Monday, December 12, 2011

Mainan "Jangan"




Jangan!
Jangan biarkan diri kau tersungkur
Dek kerana hanya secebis dugaan...

Jangan biarkan diri kau berputus harapan
Dek kerana hanya sedikit kepayahan...

Jangan biarkan diri kau merana
Dek kerana hanya mainan perasaan...

Jangan biarkan diri kau dalam kejahilan
Dek kerana hanya diri yang kemalasan...

Jangan!
Jangan biarkan...
Jangan biarkan sahaja...

Kau perlu bangkit!
Kau perlu sedar!
Kau perlu kejar!

Kerana itu semua adalah lorong-lorong kehidupan
Yang perlu kau lalui sebelum menemui cahaya kejayaan... 

p/s: oh! dah lame x mengupdate blog... tetibe amek kau puisi! hahaha maap2... agak busy kebelakangan ni... (^_^)


Thursday, September 8, 2011

Manis Atau Pahit? Kedua-duanya Itu Pengalaman



Waaaaaaa!!! Cuti raya dah nak habis... (T_T)
Pejam celik pejam celik tinggal 3 hari je aku nak balik Segamat.
Anyway, raya kali ni sangat2 best!!
Sebab....
Raya Rewang Tunang Kahwin!
Haaaaaa...
Pakej 4 dalam 1.
Rasa sangat seronok walaupun jalan2 beraya cuma 2 hari je.
Selebihnya busy gotong royong rewang sama2 dengan sepupu sepapat makcik pakcik saudara mara sepanjang minggu.

Sibuk giling inai...
"Nami.... Naim.... tolong kakcik giling inai ni.... tak larat nak giling sorang2. Batu giling ni berat sangat..."

Kacau dodol...
"Nak kacau... Ain, amik gambar cepat. Nak masuk dalam facebook kacau dodol!"

Packing goodies bag...
"Alang.... jangan sambil packing sambil makan jeruk tu. Nanti tak cukup!"

Kukur kelapa...
"Mak, nak try... (sambil berposing amik gambar muka kat kamera tangan kat kukur kelapa)"

Keliling kampung cari daun inai...
Bila dah jumpa, "Makcik.... kami nak daun inai sikit boleh?"
"Haaaa... boleh2! tapi masuklah dulu beraya... "
First time pergi beraya rumah orang tak kenal pakai tshirt duduk rumah dengan muka dah berpeluh peluh berminyak sebab busy merewang.
Hahahaha. Tu cerita rewang2.

Haaaaaa.... cerita tunang yang tak boleh nak dimasuk akal.
Bertunang terkejut!
Akak... akak...
Time tu tengah sibuk kacau dodol.
Tiba2 orang panggil akak ke depan.
Rupa2nya diorang discuss nak buat majlis tunang malam tu.
Time tu la jugak terkocoh kocoh pergi cari cincin, barang2 untuk hantaran...
Haiyaaaa dah macam cerita novel pulak! hehehe.
Akak kata, "Terkejut sangat. Sampai kupu2 pun tak sempat nak terbang dalam perut."
Hmmm... ada jugak kawan2 dia yang kecik hati kononnya akak tak bagitau pun nak bertunang.
Macam mana nak bagitau....
Tuan punya badan pun dapat tau masa hari kejadian! Hahahaha.

Masa kenduri kahwin, lain pulak ceritanya.
Malam before kenduri, buat meeting family.
Dah macam meeting tergempar dah.
Siap ada Majlis Tertinggi, Pengerusi...
Duduk kat meja panjang macam meeting betul2! Hahahaha.
Cucu2, anak menantu, sanak saudara semuanya kena jadi bentara.
Tok perak tak mau guna orang luar sebab ni kenduri last.
Oh! takpe laa.... mesti seronokkan buat kerja sama2 ramai2.
Rasa macam buat dinner persatuan masa zaman diploma je. Hehehehe
Time meeting, Abang Rizal bagi aku task tolong senduk lauk.
Bila hari kejadian, jadi pengapit terjun pulak!
Mak usu: Kakcik... tolong jadi pengapit mak usu boleh?
Aku: Hah? Oh! Boleh... =]
Mak usu: Kakcik...bulu mata palsu mak usu nak tertanggal. Tolong lekatkan balik...
Aku: (Hah! Gawat! Dah la tak pernah pakai bulu mata palsu. Macam mana nak gam bulu mata ni. Ish!)
Yang kena marah dengan ketua tukang masak pun ada jugak!
Kesian akak... pakai cantik2 tapi kena marah dengan ketua tukang masak kat tengah2 balai.
Tok perak pun kena marah!
Hahahaha. Aduyai... Macam2 kerenah! (^_^)

Tapi.....
Dalam seronok ada sedih.
Dalam gembira ada duka.
Dalam bahagia ada terselit rasa terkilan.
Seminggu di kampung...
Pelbagai ragam yang dilihat.
Pelbagai cerita yang timbul.
Memang pengalaman yang tak dapat dilupakan.

p/s: Purse hilang kat kampung. Waaaaaaaa!!! (T_T)


Sunday, August 21, 2011

Jangan Merungut



Allah Maha Penyayang.
Dia uji kita kerana sayang.
Kalau lulus ujian, Dia beri kita ganjaran.
Itu juga menunjukkan yang Dia sayang kita.
Tetapi jangan merungut di atas ujian yang diberi.
Jangan dipersoalkan ujian itu.
Yang baik pada pandangan kita, belum tentu baik pandangan Allah.
Pernah dengar tak nikmat yang kecil diganti dengan nikmat yang lebih besar?

There is a story.
Not important to others, but important to me.
Hanya cerita picisan tapi sangat bermakna pada empunya badan.
And it is my own story.
It really happened to me.
Aku ada ujian JPJ masa 10 Ogos 2011.
Aku overconfident tapi gopoh.
Mungkin sebab nak cepat habis.
Ditakdirkan Allah, aku gagal ujian tu.
Gagal pada peringkat terakhir; 3 penjuru.
Secara jujur, aku tak sedih walaupun sedikit terkilan.
Aku tak merungut "kenapa aku gagal?"
Tapi aku sebut Alhamdulillah...
Aku terima dengan redha...
Aku ambil balik ujian tu pada 20 Ogos 2011.
Alhamdulillah...
Aku lulus!!
Aku buat dengan rasa confident tapi berhati-hati.
Everything run smoothly.
Dan semua JPJ pada hari tu sangat baik, beri arahan dengan sopan dan peramah.
Rupa-rupanya Allah nak beri aku nikmat yang lebih besar.
20 Ogos 2011 hari yang sangat indah.
Sebab...

* Jatuh pada bulan Ramadhan, hari ke 20 kita berpuasa.
* Juga pada bulan kemerdekaan.
* Hampir kesemua ahli keluarga ada pada hari tu.
* Dan yang paling indah, ianya adalah HARI KELAHIRAN AYAH! It is my father's birthday!

Ya Allah...
Dia nak aku kongsi nikmat ini pada hari yang indah bersama orang-orang yang tersayang.
Dia tak bagi nikmat yang kecil sebab nak bagi nikmat yang lebih besar.
Dia tak bagi nikmat yang manis sebab nak bagi nikmat yang lebih manis!
Subhanallah...
Begitu caranya Allah sayangkan kita...
Dia halang nikmat dengan sedikit ujian sebab nak bagi nikmat yang lebih indah...

p/s: Mulut sentiasa berzikir masa tunggu giliran sebab nak hilangkan nervous. Alhamdulillah! It works! Hati rasa tenang... =]