BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS


.: Don't compare your life to others'. You have no idea what their journey is all about :.

Tuesday, February 14, 2012

Masalah Itu Indah




A: Awak pernah ada masalah?

B: Eh! Saya pernah.

A: Sekarang ni saya ada masalah.

B: Eh! Saya pun ada.

A: Pada pendapat awak, ada tak orang yang tak pernah ada masalah?

B: Eh! Ada ke? Mana ada orang yang tak pernah ada masalah?

A: Awak tak rasa ke masalah itu indah?

B: Eh! Kenapa pula awak cakap macam tu? Masalah tu hanya akan membebankan kepala kita. Indah ke macam tu?

A: =] Awak tak akan pernah nampak keindahan masalah kalau awak dah set di minda yang masalah itu membebankan.

B: Saya tak faham. Sila jelaskan.

A: Hmm... macam ni lah. Selama ni awak nampak masalah tu membebankan bukan? Cuba awak pandang masalah tu dari sudut yang lain.

B: Dari sudut yang macam mana tu?

A: Bagi awak, apakah ciri-ciri yang patut ada pada seorang sahabat?

B: Bagi saya, sahabat ialah seorang kawan yang jujur dengan kita dalam memberi teguran jika kita membuat kesilapan. Sahabat juga ialah seorang kawan yang ikhlas membantu untuk melihat kita berjaya maju ke hadapan.

A: Haaa...macam tu lah juga dengan masalah. Masalah ialah sahabat manusia yang sejati. Awak rasa dia kejam dan tak ada belas kasihan. Selalu menguji kita dengan perkara-perkara yang tak dijangka. Tapi sebenarnya itulah cara dia mendidik kita untuk maju ke hadapan. Dia datang bila ada kesilapan ataupun kerumitan. Itu cara dia menegur. Dan dia didik kita maju ke hadapan dengan membiar kita selesaikan sendiri kesilapan ataupun kerumitan tersebut. Kalau sahabat itu ada kategori, saya mengkategorikan masalah ini sebagai sahabat yang setia sebab tidak jemu-jemu datang menziarahi kita tetapi sangat garang dan tegas dalam mendidik!

B: Hmm... jadi apa kaitan dengan "masalah itu indah" ?

A: Kalau awak anggap masalah itu sahabat yang sejati dan bukan sahabat yang membebankan, awak pasti akan nampak keindahan masalah sebab dalam kehidupan, sahabat yang sejati ialah sahabat yang membantu. Tetapi sahabat yang membebankan ialah sahabat yang menindas. Kan jadi indah kehidupan kita kalau dikelilingi dengan sahabat-sahabat yang sejati?

B: Oh! Maknanya... kalau kita anggap masalah tu sahabat sejati, barulah kita akan nampak dan rasa keindahan masalah tu.

A: Yup! Kalau awak ditimpa masalah, janganlah merungut. Sebab dia hanyalah sahabat sejati yang tak pernah jemu datang untuk menegur dan mendidik. Hah! masalah juga suka bersahabat dengan semua orang. Tak kisahlah awak ni budak kecil ke, remaja ke, orang dewasa ke, ataupun orang tua, awak tetap akan berjumpa dengan sahabat awak yang bernama "Masalah".

B: (^_^)

p/s: Kadang-kadang bermonolog dengan diri sendiri adalah perlu untuk terapi minda. =]


0 comments: