BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS


.: Don't compare your life to others'. You have no idea what their journey is all about :.

Tuesday, July 14, 2009

gagak atau merak?


Aku pernah terbaca something...
Dan something ni sangat bermakna terutamanya untuk remaja...
Ianya boleh membuatkan kita berfikir, berfikir, dan berfikir lagi...
Nukilan ni hasil daripada Pahrol Mohd Juoi (penulis buku motivasi)
Jom kita renungkan bersama...


Harga diri orang yang putus cinta selalu rendah.
Penilaian diri terhadap dirinya sendiri menjunam ke paras terendah.
Rasa hina (gagak di rimba) berbanding kekasihnya yang pergi (merak kayangan).
Sedangkan jika masih ada iman bersemi di dada...
Kita masih boleh berfikir dan berhenti seketika, lalu berkata,
"Tuhan ada!"
Pujuklah hati dengan apa yang Allah tegaskan bahawa
yang baik pada pandangan kita belum tentu baik dalam realitinya.
Katakan,
dia yang pergi itu bukan yang terbaik.
Mungkin dia terbaik,
tapi untuk orang lain.
Dan yang terbaik untuk kita pasti datang sebagai gantinya!
Jangan katakan kenapa aku yang kena?
Jangan labelkan aku yang malang.
Tetapi katakan,
aku yang terpilih.
Terpilih untuk putus cinta dengan manusia
supaya 'terpaksa' bercinta dengan Allah.
Memang begitulah rahmat Tuhan,
kekadang Dia (Allah) memutuskan untuk menyambungkan.
Putus cinta dengan manusia,
tersambung cinta dengan Allah.
Inilah hikmah disebalik kesusahan, kemiskinan, kegagalan,
dan termasuklah putus dalam bercinta.
Dalam ujian kesusahan selalunya manusia lebih mudah ingatkan Allah...



Kesimpulannya...
Manusia selalu tak nampak apa yang tersirat di sebalik semua kejadian...
Kita perlu berfikir sejenak setiap apa yang berlaku pada kita
dan jangan mudah menyalahkan takdir...
Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui
dan Dia telah mengaturkan yang terbaik untuk semua hambaNya...


5 comments:

King Of Single said...

semoga kite bjumpe yg terbaek....

insyaALLAH

boot!!!!!!! miss u doh

lepakin' bsame la weh

jai@jezz said...

kenapa mesti menyalahkan takdir..???

Lili-Fantasi said...

>>jai.jezz

sebenarnye tak perlu nak salahkan takdir...
Allah dah tentukan yang terbaik untuk kita..
tapi sekarang ni, ramai orang terutamanye remaja, yang cetek pemikiran, suke sangat nak salahkan takdir...
kalau tak, kenapa ramai yang bunuh diri hanya sebab putus cinta?
itu sahaja dah menjadi bukti yang diorang ni sukar nak menerima hakikat dan menyalahkan takdir...

ni semua cuma pendapat saye sahaja...
maaf kalau ada yang terasa..

jai@jezz said...

ermm.. suker pendapat kamoo itu.. so siler update entry yg lain polak.. hehehehe..

Lili-Fantasi said...

>>jai.jezz

entry len?

tunggu...
hehe

(n_n)