Perkataan "maaf" tu mahal ke?
Agak2 berapa harga perkataan "maaf" ye?
Hmm...
Tak ramai yang hendak menjual perkataan "maaf".
Dan hanya sedikit yang sanggup membeli perkataan "maaf".
Ada yang menganggap maaf itu sangat mahal harganya kerana perlu dibayar dengan matawang "ego".
Kenapa? Konfius? hehehe.
Menjual bermakna memberi.
Menjual "maaf" ibarat kita memberi kemaafan kepada orang lain.
Tetapi membeli bermakna meminta.
Maka membeli "maaf" ibarat kita meminta kemaafan dari orang lain.
Menjual dan membeli maaf akan terjadi kalau ada yang sanggup bayar dengan ego yang rendah.
Hah? Bayar dengan ego yang rendah?
Maknanya murah lah harga maaf ni...
Tapi!! Kenapa mereka rasa mahal??
A: Ah! Aku tak akan minta maaf! Dia yang salah! Dia yang mulakan dulu! Dia yang patut minta maaf kat aku dulu!
B: Aku tak akan maafkan dia! Sakit sangat hati ni! Kau nak suruh aku maafkan dia? Senangnya kau cakap... bukannya kau yang kena! Bukan hati kau yang sakit!
Huh! Itulah manusia...
Lebih mengagung-agungkan ego daripada silaturrahim.
Lebih mengagung-agungkan wang ringgit daripada makna kehidupan itu sendiri.
Besar sangatkah nilai ego tu?
Tak sanggup bermaaf-maafan sesama sendiri?
Manusia juga yang cakap mahukan hak kebebasan.
Heboh satu dunia sambil cakap, "Aku mahu bebas!"
Tapi kenapa biarkan diri sendiri terbelenggu, dipenjara dengan rasa ego tu?
Kenapa menjadi hamba kepada ego?
Siapa kita tak nak minta maaf pada orang lain?
Siapa kita tak nak maafkan orang lain?
Besar sangat ke pangkat kita?
Kita ni hanya manusia yang hina dan kerdil di sisi ALLAH SWT.
Sedangkan Sang Pencipta ampunkan hamba2nya,
sedangkan yang Maha Berkuasa ampunkan dosa2 hambanya jika hamba2nya bertaubat,
tapi siapa kita yang asyik mendabik dada sambil pertahankan ego sendiri?
Jika kita sendiri mahukan ALLAH ampunkan dosa2 kita bila kita memohon ampun,
jadi kenapa kita tak nak maafkan orang lain bila ada yang meminta maaf?
Marilah kita sama2 minta maaf dan maafkan orang lain.
Tak mahal pun harganya.
Hanya bayar dengan ego yang rendah.
Malah lagi rendah ego, lagi cantik maaf yang diiberi dan diterima.
p/s: Berdoa "aku maafkan sesiapa sahaja yang berbuat salah padaku" setiap kali sebelum tidur dan ketika bangun tidur. =]
0 comments:
Post a Comment