BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS


.: Don't compare your life to others'. You have no idea what their journey is all about :.

Sunday, August 7, 2011

Kulit Buku... Oh! Kulit Buku...



Wah2!!! Dah lama tak update. Lama sangat ni! Haaaa.... memandangkan dah lama tak membebel kat sini, hari ni nak cerita panjang2. (^_^)

Cerita hari ni tentang kulit buku. Tajuk kulit buku ni ialah " Don't judge a book by its cover " . =] Hmm... selalu dengar ayat ni kat mana2. Maksudnya, jangan menilai sesuatu atau seseorang melalui rupa luaran je. Tapi! Kita selalu diperbodohkan atau sengaja membodohkan diri sendiri dengan kelicikan Encik First Impression. (-_-")

Bila kita tengok kulit buku tu cantik, kita akan assume yang isi kandungan buku tu pun cantik menarik kau memang the bom! Itu first impression! Huh! First impression tak selalunya indah sampai bila2...

Bagi aku, tak semua yang cantik itu cantik dan tak semua yang hodoh itu hodoh. TAPI! (haish! banyak sangat tapi2... -_-" ) Macam mana kalau kulit buku tu transparent?? Sampai isi dalam pun boleh nampak dan dibaca??? Hohohoho sila jangan jadi mangsa simbahan asid Encik Transparent! Cuba fikir... betul ke apa yang kita nampak tu adalah isi kandungannya secara menyeluruh?? Kita cuma nampak yang bahagian atas je... Bahagian tengah, belakang, masih tersembunyi... Kita perlu selam hingga ke dasar untuk mengetahui buku tu tentang apa dan bagaimana "rupa" sebenar buku tu... So! Don't judge a book by its cover... =]

Hmm... walaubagaimanapun, manusia adalah makhluk yang paling sibuk sekali (tu apa yang diorang fikirkan). Sebahagian daripada diorang hanya membaca sinopsis di belakang kulit buku tersebut kemudian terus buat konklusi! Mereka membuat penilaian melalui sinopsis. WOW! Senangnya.... tapi sangat menyedihkan. Kita takkan dapat gambaran sebenar hanya melalui sinopsis je... Kita perlu membaca isi kandungan buku tersebut secara menyeluruh.

Situasi ini boleh diaplikasikan terhadap manusia sejagat. Kita tak boleh menilai orang lain hanya dengan mendengar cerita mereka melalui orang lain. Kita perlu selami hati diorang dan berkawan dengan diorang. Samalah macam jangan baca sinopsis je untuk buat konklusi! So! Don't judge a book by its cover... Amaran keras! Hehehehe (^_^)


0 comments: