BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS


.: Don't compare your life to others'. You have no idea what their journey is all about :.

Tuesday, September 1, 2009

bakar cerita lama, buat cerita baru

Aku baru je lepas putus dengan P.
Dia tu jahat sangat! Aku tak suka dia!
Dulu, masa aku tak nak dia, dia sibuk kejar aku, mintak nak couple!
Dah banyak kali dia mintak sampai aku tak terkira…
tapi aku tak terima sebab aku tak suka benda-benda macam ni.
Aku tau aku ni ego... sangat ego...
tapi aku cuba berubah...
aku buka hati aku ni untuk terima dia.
Aku terima permintaan dia nak couple.
Masa tu tengah cuti semester baru-baru ni...
Aku ingat lagi tarikh dan masa kitorang couple...
pada 24 Jun 2009, pukul 2.30 petang.
Tapi apa yang aku dapat?
Sakit hati ada lah!!
Time kitorang couple, hanya seminggu sahaja dia contact aku.
Only ONE WEEK!
Hei! Ni couple apa namanya!!
Tapi aku cuba sabar...
aku sabar...
tunggu...
sabar...
akhirnya hampir 2 bulan dia senyap macam tu je.
Oit! Aku tak minta la kau contact aku hari-hari!
At least seminggu sekali pun jadi la!
Aku sakit hati sangat!
Dia tak hargai aku langsung!
Apa! Kau ingat senang ke nak buka hati ni??
Hah?! Kau cakap kat aku sikit!!
Aku tanya dia kenapa macam ni...
dia tak balas...
aku tanya dia apa silap aku...
dia tak jawab...
Aku tanya dia baik-baik...
aku tak marah-marah dia pun...
Tapi dia tetap senyap tak bagi respon!
Lastly, bila tahap kesabaran aku dah sampai tahap cipan nak mati,
aku terus call dia dan mintak PUTUS!!! Hahahah!!
Akhirnya...aku bebas jua...
Kau siapa nak sakitkan hati aku?
Kau siapa?
Cuba story sikit kat aku?
Kalau kau nak tau,
YOU ARE NOTHING AND MEANINGLESS!!
Aku tak rugi apa-apa pun kalau kau tak ada!
Dulu kau yang kejar aku!
Bukan aku yang terhegeh-hegeh kat kau!
Aku terima kau dulu pun sebab aku RIMAS dengan kau yang asyik terhegeh-hegeh minta nak couple!
Dah la...aku dah tak nak tengok muka kau lagi dan tak nak dengar pasal kau lagi!
Kau dah tak ada apa-apa hubungan dengan aku walaupun sebagai KAWAN...
Goodbye KENANGAN...


Dah! Habis dah cerita pasal mamat tak sedar diri tu...
Sekarang ni aku nak cerita pasal crush aku ni...
Nama dia FH.
Dia ni sama course and batch dengan aku...
Tapi dulu aku tak berapa nak perasan tentang kewujudan dia sebab dia ni pendiam la...
Dah part 3 baru nak perasan... (n_n)
Dia la orang pertama yang buat hati aku cair dalam pandangan pertama dan pandangan-pandangan seterusnya. Hehehe.
Aku tak pernah rasa macam ni.
Ni kira first time la...
Aku gelar dia MR. Hanbaobao.
Segala-galanya bermula dengan sebiji burger.
Kenapa dengan burger?
Hah? Kenapa ek??
Ceritanya bermula begini...
Masa tu (17 Ogos 2009) tengah latihan lakonan budak-budak kelas A.
Aku sebagai budak kelas M saja-saja datang menyibuk nak tengok latihan diorang sambil membawa sebiji burger yang masih selamat berbungkus di dalam polestrin berwarna kuning dan balutan plastic berwarna merah.
Konon-kononnya nak bagi sokongan la kan...
almaklumla...kawan yang baik...dah2!
Berhenti merepek ye cik Nazira anak Arbange!
Dipendekkan cerita...dia pun ada kat situ juga sebab dia ni budak A.
Tapi aku tetap tak perasan akan kehadiran dia...hahaha!
Nazira...wake up!
Please...alert with your surrounding...
What ever...!
Tiba-tiba dia datang kat aku dengan muka dia yang sweet + hensem + lapar nak mati = aku jatuh hati,
dia mintak aku punya burger!
Hah! Tak malunya dia ni...dah la tak pernah berbual!
Lepas tu datang mintak burger plak ea! Hehehe.
Aku pulak stupid ya amat time tu...
aku cakap tak boleh sebab aku tak makan lagi...
padahal dah melantak nasi goreng pattaya sebelum tu! Hahaha.
Mana tak stupid..., aku terpegun sekejap tengok muka dia! (sila baca equation yang aku buat di atas untuk nak describe muka dia dengan lebih lanjut).
Oh! Emak...saya telah jatuh hati la...huhu.
Ok... cerita pada hari tu sampai situ je ea aku cerita...
sebab ada sambungan pada hari lain pula iaitu pada 19 Ogos 2009.
Haaa... time ni diorang punya pertandingan.
Aku still lagi datang untuk menyibuk...
sebenarnya aku datang sebab nak tengok muka Mr. Hanbaobao tu tapi bagi alasan konon-konon nak bagi sokongan kat group diorang. Hahaha!!
Gila pandai anak Encik Arbange ni ye...dah2!
Nazira...stop it!
Ok fine...
Tak puji diri sendiri lagi dah...
Ok. Berbalik pada cerita cinta burger saya tadi ye...
Masa kat dalam LT1 (tempat kejadian),
aku duduk kat belakang dia...
Dia nampak aku lepas tu dia senyum...
Waaaa!!! Hati aku cair beb!
Dah jadi lautan pasifik kat dalam hati aku ni!
Bila tiba turn diorang nak perform, dia suruh aku pegang handphone Sony Ericsson dia tu!
What! You…!!
Aku rasa macam terbang di awang-awangan! Hahaha.
Aku rasa happy sangat...
Dialog yang dia ucapkan ketika itu:

“ Tolong pegangkan handphone ni boleh tak? Tapi jangan buka tau... (senyum) Taklah. Gurau je...”

Cuba
korang bayangkan macam mana perasaan aku time tu!!
Happy100x.
Rasa macam nak melompat je time tu! (n_n).
Gila la!
Sampai hari ni aku asyik teringat je muka dia tu...
dah la susah nak terjumpa dengan dia sebab kitorang tak sama kelas...
so sad...(T_T)
Apa-apa pun, aku still berpijak di bumi nyata...
aku tak berharap...
Cuma melayan je perasaan suka ni...
Maybe dia pun dah berpunya...hehehe.
Ok la... penat la menulis...
kita jumpa lagi di lain masa tapi channel yang sama ea...
Sila tunggu cerita-cerita menarik yang akan dipaparkan di skrin ini ye...
Hidup La Madre! [ tak ada kena mengena pun...(-_-“) ]


sorry wawa (n_n)



Aku rindu sangat saat-saat aku bersama geng-geng masa part1 dulu kat wing saodah.
Semuanya dah terpisah.
Hanya tinggal aku dengan mira je kat sini…
Ekyn, Midah, Izzat & especially my dear ex-roomate;Wawa…
Aku rindu sangat dengan korang semua…
Kita dah tak boleh buat kerja gila lagi…tsk..tsk.. (T_T)

Tiba-tiba teringat time kita sambut birthday Wawa, my ex-roomate kesayangan. Huhu.
Hari tu 20 Feb 2009...
Kitorang buat surprise party untuk dia. Dia terperanjat sangat!
Mana taknya...
Malam sebelum kejadian, kitorang buat lakonan yang sangat kejam.
Ketuanya siapa lagi kalau bukan aku! Hahaha.
Ceritanya macam ni...
Aku buat-buat gaduh dengan dia.
Aku konon-kononnya angin satu badan la.
Dia apa lagi, nangis la jawabnya.
Siap mengadu kat orang lain pula tu!
Yang kelakarnya, orang-orang yang jadi mangsa untuk dia mengadu tu pergi ceritakan semula apa yang dia ngadukan tu kat aku. Hahaha.
Lawak gile!
Kalau nak tau, orang-orang yang terlibat disebalik cerita ni ialah:

Tukang Idea: Kak Emor
Pelakon Utama yang Kejam: Aku
Tukang Batu Api: Amirah
Tukang Pujuk-pujuk: Kak Mira & Izzat
Pelakon Import: Fateen & Umie
Krew-krew di Sebalik Kekejaman: Ekyn & Midah
YANG JADI MANGSA: WAWA

Haaa...ni la orang-orang yang menjayakan cerita ni dengan jayanya.
Memang kecoh gila la time tu.
Yang paling penting, kitorang macam bersatu time tu.
Macam dah satu family.
Walaupun kitorang baru je kenal kak mira dengan kak emor, tak sampai 2 bulan pun, kitorang macam dah rapat gile!
Harap2, hubungan kitorang ni takkan terputus di tengah jalan. Biarlah kekal hingga ke akhir hayat...
HIDUP WINGMATE SAODAH!!


perang dingin


Dulu aku pernah perang dingin dengan bestfriend aku.
Bukan dengan Noor Amirah bt Ahmad ye!
Tapi dengan Mr. Machine Gun…

Haaa...aku tak cerita lagi kan macam mana aku boleh start perang dingin dengan dia.
Kalau nak tau, aku dah buang semua mesej dia, gambar dia dalam handphone & nombor handphone dia.
Cuma gambar dia kat dalam laptop je aku tak buang lagi.
Tak sampai hati...
Sebenarnya ceritanya macam ni...

Aku dah lama terasa hati kat dia.
If I’m not mistaken, aku start terasa hati kat dia after SPM.
Mana tak nya, bila aku hantar mesej, dia tak balas. Aku buat missed call, tak ada respons. Cara dia macam dah tak ada kat dunia ni pula.
Hilang, lenyap!
Sekali dua kali, tak apa la.
Tapi ni dah banyak kali!
Aku tak suka la orang yang diam je!! TAK SUKA!!
Macam aku pula yang terhegeh-hegeh nak kawan dengan dia.
Please la!!! I have my ego & pride too!!
Bukan kau sorang je yang ada ego tau tak!!
Dia juga yang cakap aku ni bestfren dia.
If bestfren, please treat me like a bestfren!
Kalau dia tak cakap macam tu, tak apa!
Tak ada la aku terasa hati sangat!!!!
Bila aku dah lupa pasal dia, dia pula tiba-tiba muncul.
Mesej aku sampai hari-hari!
Aku pula layan je la dia. Time aku sibuk pun aku still lagi reply mesej dia.
Ye la...aku dah anggap die bestfren.
Aku tak nak la dia terasa hati kat aku kalau aku tak balas mesej dia.
Bila aku dah terbiasa dapat mesej dia hari-hari, tup-tup die hilang pula!
Dia hilang bukannya sekejap.
Dia hilang sampai berbulan-bulan!!
Aku contact dia, tak ada respon.
Hilang macam dah mati! Aku dah sayang dia macam mana aku sayang kat mira.
Aku dah ambil berat pasal dia macam mana aku ambil berat kat mira.
Dia buat aku macam ni pula!!
Lama-lama terasa hati tu jadi sakit hati.
Sebab tu aku buat keputusan nekad, aku buang semuanya yang berkaitan pasal dia!!
Aku tak nak ingat pasal dia langsung!
Aku dah tawar hati dah!!
Tapi dia tak tau yang aku tengah perang dengan dia, tengah sakit hati kat dia.
That’s why I call this as “perang dingin”!!
Ye la...memang la dia tak tau yang kitorang tengah perang sebab dia dah lama sangat tak contact aku after raye tahun 2008.
Lama kan? Aku dah tak tahan dengan cara dia yang macam ni...hati aku sakit...
Salah aku jugak...mak cakap, lelaki dengan perempuan tak sama.
Aku tak boleh layan dia or anggap dia macam mira.
Mira pun cakap macam tu.
Mak cakap lagi, bestfren hanya satu.
Tak boleh ramai2.
Aku mana tau benda-benda tu semua!
Kenapa mak tak cakap awal-awal...

Tapi tu semua cerita dulu…
Dia pun dah tau yang aku marah kat dia dan dia pun dah minta maaf…
Aku maafkan dia…tapi hati aku dah tawar…
Hubungan kami dah tak macam dulu…
Dah kurang rasa mesra…

Aku juga dah buat kesimpulan…
Dia hanyalah kawan yang aku pernah kenal sahaja…
Bukan lagi bestfriend!
Bestfriend aku hanya satu…
Hanya si dia yang mempunyai kepala gila!

(n_n)

Monday, August 31, 2009

bila kesengalan melanda diri


Tiba-tiba teringat cerita masa zaman part1 dulu.
Hish! Rasa macam dah lama pula aku tinggalkan zaman part1. Hahaha.
Kejadian ni berlaku masa nak final exam paper ACC115.
Hari tu memang hari yang kelakar sangat!!
Tapi rasa malang pun ada juga. Hehe.

Mana taknya…
Pada waktu pagi di hari kejadian, ada exam ACC115 tapi aku lupa nak bawa KALKULATOR!

Ceritanya macam ni...
Exam start pukul 9 pagi. Pukul 8.30 pagi aku dah gerak pegi dewan.
Ceh! Konon-konon dah ready la nak jawab paper account tu! Huhu.
Masa dah duduk dalam dewan,
aku pelik kenapa semua orang bawa kalkulator ni.
Tiba-tiba baru aku tersedar yang kalau paper account memang la kena guna kalkulator!!
Paper account bukan macam paper CTU!
Ape la aku ni! Pagi-pagi lagi dah blur. Hahaha.
Lepas tu kelam kabut la bagi tau kat pengawas yang jaga line aku masa tu.
Time tu jam dah pukul 8.50 pagi.
Alamak! Lagi 10 minit exam nak start. Macam mane ni...
Apa lagi!
Terpaksa la jogging balik ke kolej Intan. Dah la bilik aku tingkat 3!
Cube bayangkan...
Selalunya jalan nak pergi dewan ambil masa lebih kurang 5 hingga 10 minit.
Kalau dicampur ditolak dibahagi & didarab, perjalanan dari dewan ke bilik, bilik ke dewan, paling cepat pun ambik mase lebih kurang 15 minit.
Tapi aku dapat sampai kat dewan tepat-tepat pukul 9!
Maknenye dalam 10 minit je la aku ambil kalkulator.
Kurang 5 minit!
Tak dapat nak bayangkan macam mana aku lari masa tu. Hahahaha.
Nasib baik masa sampai dewan, diorang semua baru nak mula.
Ish ish ish ish...tak pernah-pernah aku tertinggal barang time nak exam.
Entah la kenapa dengan aku hari tu.
Tu la padahnya kalau tak nak prepare barang awal-awal.
Kan
dah jadi macam ni.
Bila difikir semula, rasa kelakar pula. Hehehe.
Memang hari yang kelakar + malang! HAHAHA. :D



Sunday, August 30, 2009

apa itu merdeka?


Hari ni 30 Ogos 2009.
Tepat jam 12 malam ni...
kita akan menyambut Hari Merdeka yang ke-52.
Hari Merdeka pada tahun ni sangat istimewa sebab jatuh pada bulan Ramadhan, bulan yang sangat mulia dan penuh keberkatan.

Sebenarnya...
apa yang kita semua rasa bila tarikh keramat tu tiba?

Bagi insan-insan yang hidup pada zaman sebelum merdeka, yang merasa bagaimana seksanya apabila hidup merempat di tanah air sendiri, yang merasa bagaimana peritnya hidup bila diisytihar darurat, yang merasa payahnya bila terpaksa lari masuk hutan bila siren berbunyi untuk selamatkan diri...

Sudah tentulah mereka akan berasa manisnya bila 31 Ogos menjelma...
Sudah tentulah mereka akan berasa sangat bersyukur kerana negara kita sudah aman...
Sudah tentulah mereka sangat hargai setiap detik yang berlalu dalam hidup mereka...
Sudah tentulah mereka akan berasa nikmatnya hidup selepas zaman penjajahan...

Tetapi itu semua rasa yang ada pada mereka...
Bagaimana pula dengan kita?
Terutamanya remaja-remaja yang sebaya dengan aku?
Apa yang kita rasa bila 31 Ogos menjelma...
Adakah kita dapat merasa nikmatnya?

Bagi aku,
aku dapat rasa nikmatnya tapi tak sama rasa dengan mereka yang hidup sebelum merdeka...
Aku faham bagaimana rasanya tapi aku tak dapat menghayati rasa itu sepenuhnya...
Aku tahu rasanya tapi aku tak tahu bagaimana hendak merasainya...

Bagaimana aku nak rasa nikmatnya Hari Merdeka kalau celik mata sahaja, terus nampak kesenangan, kemewahan di depan mata?
Bagaimana aku nak tahu rasa nikmatnya kalau aku tak pernah lalui keperitan seperti mereka?
Bagaimana aku nak menghargai dengan sepenuhnya kalau aku sendiri tak pernah berjuang untuk tanah air seperti mereka yang bergadai nyawa mempertahankan maruah negara?

Aku tahu apa yang berlaku semasa zaman pramerdeka pun hanya melalui buku-buku Sejarah semasa sekolah menengah. Aku hanya tahu tapi tak merasa...
Perasaan tahu dan rasa sangat berbeza...
Pengalaman yang kita dapat dari perasaan tahu tak sama dengan pengalaman yang kita rasa...

Sebab itulah...
remaja zaman pasca merdeka tak sama dengan remaja zaman pramerdeka...
Remaja zaman pramerdeka lebih menghargai setiap detik yang ada...
Tetapi majoriti remaja zaman pasca merdeka lebih suka menghancurkan diri...

Jika mereka menghargai detik yang ada...
Kenapa ramai remaja terlibat dengan najis dadah?
Kenapa ramai remaja yang hidup dalam lembah kemaksiatan?
Kenapa ramai remaja dibuang dari IPT kerana masalah tatatertib yang melampau?

Ini semua tak akan berlaku jika mereka menghargai setiap peluang yang ada...
Mereka masih lagi tidak merdeka...

Kesimpulannya...
Kita tahu apa itu merdeka tapi kita tak tahu macam mana nak rasa merdeka...