BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS


.: Don't compare your life to others'. You have no idea what their journey is all about :.

Monday, August 31, 2009

bila kesengalan melanda diri


Tiba-tiba teringat cerita masa zaman part1 dulu.
Hish! Rasa macam dah lama pula aku tinggalkan zaman part1. Hahaha.
Kejadian ni berlaku masa nak final exam paper ACC115.
Hari tu memang hari yang kelakar sangat!!
Tapi rasa malang pun ada juga. Hehe.

Mana taknya…
Pada waktu pagi di hari kejadian, ada exam ACC115 tapi aku lupa nak bawa KALKULATOR!

Ceritanya macam ni...
Exam start pukul 9 pagi. Pukul 8.30 pagi aku dah gerak pegi dewan.
Ceh! Konon-konon dah ready la nak jawab paper account tu! Huhu.
Masa dah duduk dalam dewan,
aku pelik kenapa semua orang bawa kalkulator ni.
Tiba-tiba baru aku tersedar yang kalau paper account memang la kena guna kalkulator!!
Paper account bukan macam paper CTU!
Ape la aku ni! Pagi-pagi lagi dah blur. Hahaha.
Lepas tu kelam kabut la bagi tau kat pengawas yang jaga line aku masa tu.
Time tu jam dah pukul 8.50 pagi.
Alamak! Lagi 10 minit exam nak start. Macam mane ni...
Apa lagi!
Terpaksa la jogging balik ke kolej Intan. Dah la bilik aku tingkat 3!
Cube bayangkan...
Selalunya jalan nak pergi dewan ambil masa lebih kurang 5 hingga 10 minit.
Kalau dicampur ditolak dibahagi & didarab, perjalanan dari dewan ke bilik, bilik ke dewan, paling cepat pun ambik mase lebih kurang 15 minit.
Tapi aku dapat sampai kat dewan tepat-tepat pukul 9!
Maknenye dalam 10 minit je la aku ambil kalkulator.
Kurang 5 minit!
Tak dapat nak bayangkan macam mana aku lari masa tu. Hahahaha.
Nasib baik masa sampai dewan, diorang semua baru nak mula.
Ish ish ish ish...tak pernah-pernah aku tertinggal barang time nak exam.
Entah la kenapa dengan aku hari tu.
Tu la padahnya kalau tak nak prepare barang awal-awal.
Kan
dah jadi macam ni.
Bila difikir semula, rasa kelakar pula. Hehehe.
Memang hari yang kelakar + malang! HAHAHA. :D



Sunday, August 30, 2009

apa itu merdeka?


Hari ni 30 Ogos 2009.
Tepat jam 12 malam ni...
kita akan menyambut Hari Merdeka yang ke-52.
Hari Merdeka pada tahun ni sangat istimewa sebab jatuh pada bulan Ramadhan, bulan yang sangat mulia dan penuh keberkatan.

Sebenarnya...
apa yang kita semua rasa bila tarikh keramat tu tiba?

Bagi insan-insan yang hidup pada zaman sebelum merdeka, yang merasa bagaimana seksanya apabila hidup merempat di tanah air sendiri, yang merasa bagaimana peritnya hidup bila diisytihar darurat, yang merasa payahnya bila terpaksa lari masuk hutan bila siren berbunyi untuk selamatkan diri...

Sudah tentulah mereka akan berasa manisnya bila 31 Ogos menjelma...
Sudah tentulah mereka akan berasa sangat bersyukur kerana negara kita sudah aman...
Sudah tentulah mereka sangat hargai setiap detik yang berlalu dalam hidup mereka...
Sudah tentulah mereka akan berasa nikmatnya hidup selepas zaman penjajahan...

Tetapi itu semua rasa yang ada pada mereka...
Bagaimana pula dengan kita?
Terutamanya remaja-remaja yang sebaya dengan aku?
Apa yang kita rasa bila 31 Ogos menjelma...
Adakah kita dapat merasa nikmatnya?

Bagi aku,
aku dapat rasa nikmatnya tapi tak sama rasa dengan mereka yang hidup sebelum merdeka...
Aku faham bagaimana rasanya tapi aku tak dapat menghayati rasa itu sepenuhnya...
Aku tahu rasanya tapi aku tak tahu bagaimana hendak merasainya...

Bagaimana aku nak rasa nikmatnya Hari Merdeka kalau celik mata sahaja, terus nampak kesenangan, kemewahan di depan mata?
Bagaimana aku nak tahu rasa nikmatnya kalau aku tak pernah lalui keperitan seperti mereka?
Bagaimana aku nak menghargai dengan sepenuhnya kalau aku sendiri tak pernah berjuang untuk tanah air seperti mereka yang bergadai nyawa mempertahankan maruah negara?

Aku tahu apa yang berlaku semasa zaman pramerdeka pun hanya melalui buku-buku Sejarah semasa sekolah menengah. Aku hanya tahu tapi tak merasa...
Perasaan tahu dan rasa sangat berbeza...
Pengalaman yang kita dapat dari perasaan tahu tak sama dengan pengalaman yang kita rasa...

Sebab itulah...
remaja zaman pasca merdeka tak sama dengan remaja zaman pramerdeka...
Remaja zaman pramerdeka lebih menghargai setiap detik yang ada...
Tetapi majoriti remaja zaman pasca merdeka lebih suka menghancurkan diri...

Jika mereka menghargai detik yang ada...
Kenapa ramai remaja terlibat dengan najis dadah?
Kenapa ramai remaja yang hidup dalam lembah kemaksiatan?
Kenapa ramai remaja dibuang dari IPT kerana masalah tatatertib yang melampau?

Ini semua tak akan berlaku jika mereka menghargai setiap peluang yang ada...
Mereka masih lagi tidak merdeka...

Kesimpulannya...
Kita tahu apa itu merdeka tapi kita tak tahu macam mana nak rasa merdeka...


Wednesday, July 29, 2009

dah bersedia ke belum?


  1. Kenapa ada orang suka tabur janji tapi tak penuhi janji tu?
  2. Kenapa ada orang suka menjanjikan sesuatu yang diri sendiri memang tak boleh nak tanggung?
  3. Kenapa ada orang luahkan perasaan suka pada seseorang tapi tiba-tiba dia tinggalkan orang tu tanpa sebarang penjelasan?
  4. Kenapa ada orang sewenang-wenangnya mengungkap kata sayang walaupun baru kenal tak sampai seminggu?
  5. Kenapa ada orang yang suka main-mainkan perasaan orang lain?
  6. Kenapa ada orang yang datang tanpa diundang, pergi tanpa disuruh?

Hmmm.....
Sebenarnya ada banyak persoalan yang ada dalam kepala otak aku sekarang ni.
Tapi aku tak larat nak keluarkan semuanya.

Jawapan terhadap semua persoalan ni hanya satu...

TANGGUNGJAWAB

Ya...
Itulah jawapan yang sebaiknya yang aku boleh cakap sekarang ni...
Persoalan-persoalan di atas timbul bila kurang rasa tanggungjawab dalam diri...

Bila sebut tentang kurang tanggungjawab,
timbul pula persoalan baru...
Kenapa kurang tanggungjawab?

Rasa kurang tanggungjawab timbul apabila tidak matang mengikut peredaran umur, tidak mempunyai kesedaran diri, mengambil mudah di atas semua perkara, mudah terikut dengan cara orang lain tapi tak tahu (maybe tak nak ambil tahu) hendak menguruskannya dan tidak mampu untuk memikul tanggungjawab.

So,
silalah fikir dulu sama ada diri sendiri tu dah cukup bersedia atau belum untuk bertemu dengan perkataan tanggungjawab sebelum anda menabur kata, janji, perbuatan dan sebagainya tidak kiralah dalam apa jua urusan sekalipun....


Tuesday, July 14, 2009

gagak atau merak?


Aku pernah terbaca something...
Dan something ni sangat bermakna terutamanya untuk remaja...
Ianya boleh membuatkan kita berfikir, berfikir, dan berfikir lagi...
Nukilan ni hasil daripada Pahrol Mohd Juoi (penulis buku motivasi)
Jom kita renungkan bersama...


Harga diri orang yang putus cinta selalu rendah.
Penilaian diri terhadap dirinya sendiri menjunam ke paras terendah.
Rasa hina (gagak di rimba) berbanding kekasihnya yang pergi (merak kayangan).
Sedangkan jika masih ada iman bersemi di dada...
Kita masih boleh berfikir dan berhenti seketika, lalu berkata,
"Tuhan ada!"
Pujuklah hati dengan apa yang Allah tegaskan bahawa
yang baik pada pandangan kita belum tentu baik dalam realitinya.
Katakan,
dia yang pergi itu bukan yang terbaik.
Mungkin dia terbaik,
tapi untuk orang lain.
Dan yang terbaik untuk kita pasti datang sebagai gantinya!
Jangan katakan kenapa aku yang kena?
Jangan labelkan aku yang malang.
Tetapi katakan,
aku yang terpilih.
Terpilih untuk putus cinta dengan manusia
supaya 'terpaksa' bercinta dengan Allah.
Memang begitulah rahmat Tuhan,
kekadang Dia (Allah) memutuskan untuk menyambungkan.
Putus cinta dengan manusia,
tersambung cinta dengan Allah.
Inilah hikmah disebalik kesusahan, kemiskinan, kegagalan,
dan termasuklah putus dalam bercinta.
Dalam ujian kesusahan selalunya manusia lebih mudah ingatkan Allah...



Kesimpulannya...
Manusia selalu tak nampak apa yang tersirat di sebalik semua kejadian...
Kita perlu berfikir sejenak setiap apa yang berlaku pada kita
dan jangan mudah menyalahkan takdir...
Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui
dan Dia telah mengaturkan yang terbaik untuk semua hambaNya...


Monday, July 6, 2009

jealous a.k.a cemburu


Kenapa semua orang ada rasa jealous?
Tak kira la lelaki ke, perempuan ke, semuanya ada rasa jealous.
Si A jealous dengan si B tapi dalam masa yang sama si B jealous dengan si A!
Kita semua ada rasa jealous sebab manusia memang dilahirkan dengan sifat tak pernah rasa cukup dengan apa yang diorang ada.

Semua perkara ada baik dan buruk.
Macam tu juga dengan jealous.
Kadang-kadang jealous tu bagus.
Tapi kadang-kadang jealous tu kunci kemusnahan.

Contoh jealous tu bagus:
Si adik rasa jealous dengan kejayaan kakaknya.
Dia pun berazam nak berjaya macam kakaknya dan mungkin lebih berjaya daripada kakaknya!
Maknanya, disebabkan rasa jealous tu, si adik mempunyai azam yang sangat kuat dan secara automatik, kakaknya telah dianggap sebagai idola!
Haaa....kan bagus macam tu...

Contoh jealous tu hampeh:
Abu jealous dengan kekayaan yang dimiliki oleh Ali.
Abu rasa sangat sakit hati!
Abu nak juga jadi kaya macam Ali tapi dia malas berusaha.
Dia ambil jalan mudah dengan musnahkan Ali.
Dia pun berazam nak rampas semua harta Ali.
Alaaa....macam cerita indon tu; Bawang Putih Bawang Merah!

Secara kesimpulannya,
kita boleh rasa jealous tapi jangan sampai jadi hamba kepada jealous!
Jangan taksub sangat dengan jealous...
Kerana jealous yang terlampau, hidup pun musnah yang melampau!