BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS


.: Don't compare your life to others'. You have no idea what their journey is all about :.

Tuesday, May 26, 2009

aku salah ke??




Mak aku pernah tanya pada aku...,

" Kenapa tak cari cinta? "


Aku pelik kenapa dia tanya aku macam tu. Maybe dia risau agaknya tengok aku tak pernah nak tunjuk minat pada benda-benda macam ni... Mak...anak mak ni masih normal macam perempuan-perempuan lain. Lagipun, aku ni kecik lagi la... Baru 19 tahun!

Tapi aku cakap pada dia...,

" TAK NAK"

Bila aku cakap macam tu, mesti orang cakap aku ni sombong, ego, perasan bagus! Tapi diorang semua tak tahu apa yang aku rasa sebenarnya. Hanya Mira, sahabat baik ku dunia akhirat, yang tahu segala-galanya apa yang aku rasa...

Aku akui, setiap orang memerlukan cinta. Semua orang ingin rasa menyayangi dan disayangi. Tipulah kalau ada yang kata...,

" Ah! Aku tak nak bercinta! Aku tak perlukan cinta! "

Aku mengaku...aku pernah cakap macam tu. Tapi sebenarnya mulut kata lain, hati cakap lain. Hakikatnya, aku ni sebenarnya ego! penakut! Aku takut hendak ambil risiko. Aku masih tidak bersedia untuk memberi sebarang komitmen, tanggungjawab dan pengorbanan dalam hubungan percintaan.

Jika dalam hubungan kekeluargaan dan hubungan persahabatan pun aku tak boleh nak bagi seluruh komitmen, tanggungjawab dan pengorbanan yang sempurna, macam mana aku nak tambah lagi beban dengan hubungan percintaan?

Aku tak nak orang tahu kelemahan aku...
Aku tak nak orang menanggung perasaan makan hati dan sakit hati sepertimana Mira pernah lalui...
Aku tak nak sakitkan hati orang lagi...
Aku masih lagi tak bersedia...

Realitinya, aku masih seperti orang lain. Aku sedang menunggu bilakah waktunya untuk aku bersedia bercinta akan tiba dan siapa yang akan jadi MR. RIGHT aku. Aku juga sedang mengharap agar MR. RIGHT aku yang akan muncul suatu hari nanti untuk melengkapi diri aku itu boleh menjadi seperti Mira; boleh menerima kelemahan aku, tak biarkan aku terkapai-kapai...
Apa-apa pun, aku hanya berpegang pada satu prinsip...,

" Sesungguhnya lelaki adalah pemimpin kepada wanita. Andai belum sampai jodohmu, anggaplah bahawa lelaki yang kau nantikan itu sedang membina sahsiah kepimpinannya bagi memimpin dirimu. Kerana pada wanita itu pasti ada kekurangannya dan lelaki yang benar-benar layak pasti akan hadir untuk melengkapkan kekuranganmu... "


Buat masa sekarang, aku hanya nak fokus pada satu; PELAJARAN! Tu
yang lebih penting...sebab pelajaran merupakan pelaburan yang amat besar untuk dijadikan sebagai jaminan masa depan... :)

7 comments:

asmi' said...

sedihnyer aku...
aku fhm gak!!!
tpi mira je y fhm...
x pe r...
x ksh pun...

Lili-Fantasi said...

care ko fhm, laen...
care mira, laen...
lg pun, ko x knl lg aq yg sbnrnye...

Useriez said...

yup setuju~

Cik Bee said...

salam ziarah...eieiei
ni 1st time nak komen kat sini ni..hakhakhak
~dik, lagi satu kena ingat, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik..itu janji Allah~
may be laki yang ada di sekelilingmu, belum ckup baik dan sepadan untuk mu..pasti ada yang terbaik Allah sediakan.. ;)

King Of Single said...

baek yg skang...tp mungkin takdir ALLAH memberi kesempurnaan d kemudian hari..
aku try tuk memahami sume kwn2 aku
terima ksih gak cz CUBA memahami aku
hehe
really appreciate it

n_x

Lili-Fantasi said...

>>misz A.C.C.A

betul jugak cakap akak tu...
maybe lelaki2 yang ada kat sekeliling adik ni tak menunjukkan ciri2 yang patut ada pada diorang sebagai pemimpin...

maybe diorang tak sedar lagi dari dunia khayalan...
mcm citer peter pan tu...

hehehe (n_n)

Lili-Fantasi said...

>>eKyN

u r welcome..
ko kan kawan aku walaupun ko ni macam ursula!

hahaha! jgn marah ye...