BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS


.: Don't compare your life to others'. You have no idea what their journey is all about :.

Monday, August 8, 2011

25 Oktober 2011



25 Oktober 2011...
Mungkin tak istimewa pada orang lain.
Tapi sangat istimewa pada aku.
Tarikh ni adalah penutup bagi episod lama.
Tiada kata yang mampu diucap.
Tiada kata yang mampu dirungkai.
Segala tangisan, gelak ketawa, penat lelah, suka dan duka yang pernah mewarnai hari2 ku dulu akan diakhiri dengan sebuah senyuman kebahagiaan di atas pentas kehidupan.
Alhamdulillah...
Ini hanyalah penutup episod lama... dan episod baru sedang menanti.
Aku akan tempuhi dengan diri yang lebih matang.
Insyaallah...


Sunday, August 7, 2011

Kulit Buku... Oh! Kulit Buku...



Wah2!!! Dah lama tak update. Lama sangat ni! Haaaa.... memandangkan dah lama tak membebel kat sini, hari ni nak cerita panjang2. (^_^)

Cerita hari ni tentang kulit buku. Tajuk kulit buku ni ialah " Don't judge a book by its cover " . =] Hmm... selalu dengar ayat ni kat mana2. Maksudnya, jangan menilai sesuatu atau seseorang melalui rupa luaran je. Tapi! Kita selalu diperbodohkan atau sengaja membodohkan diri sendiri dengan kelicikan Encik First Impression. (-_-")

Bila kita tengok kulit buku tu cantik, kita akan assume yang isi kandungan buku tu pun cantik menarik kau memang the bom! Itu first impression! Huh! First impression tak selalunya indah sampai bila2...

Bagi aku, tak semua yang cantik itu cantik dan tak semua yang hodoh itu hodoh. TAPI! (haish! banyak sangat tapi2... -_-" ) Macam mana kalau kulit buku tu transparent?? Sampai isi dalam pun boleh nampak dan dibaca??? Hohohoho sila jangan jadi mangsa simbahan asid Encik Transparent! Cuba fikir... betul ke apa yang kita nampak tu adalah isi kandungannya secara menyeluruh?? Kita cuma nampak yang bahagian atas je... Bahagian tengah, belakang, masih tersembunyi... Kita perlu selam hingga ke dasar untuk mengetahui buku tu tentang apa dan bagaimana "rupa" sebenar buku tu... So! Don't judge a book by its cover... =]

Hmm... walaubagaimanapun, manusia adalah makhluk yang paling sibuk sekali (tu apa yang diorang fikirkan). Sebahagian daripada diorang hanya membaca sinopsis di belakang kulit buku tersebut kemudian terus buat konklusi! Mereka membuat penilaian melalui sinopsis. WOW! Senangnya.... tapi sangat menyedihkan. Kita takkan dapat gambaran sebenar hanya melalui sinopsis je... Kita perlu membaca isi kandungan buku tersebut secara menyeluruh.

Situasi ini boleh diaplikasikan terhadap manusia sejagat. Kita tak boleh menilai orang lain hanya dengan mendengar cerita mereka melalui orang lain. Kita perlu selami hati diorang dan berkawan dengan diorang. Samalah macam jangan baca sinopsis je untuk buat konklusi! So! Don't judge a book by its cover... Amaran keras! Hehehehe (^_^)


Tuesday, December 8, 2009

maaf yang dipinta

di sini...
aku ingin meminta seribu kemaafan darimu...
aku ingin meminta maaf di atas sikap kasarku...
aku ingin meminta maaf di atas sikap keanak-anakan ku...
aku ingin meminta maaf kerana tidak mematuhi janji...
aku ingin meminta maaf kerana percakapan2 ku yang pernah menyakitkan hatimu....
aku ingin meminta maaf di atas perbuatan ku yang menyinggung perasaanmu...
aku ingin meminta maaf di atas kata2 ku pada entry2 yang lepas kerana seperti menyalahkanmu sepenuhnya...
waktu tu aku terlalu emosional dan mengikut rasa marah...
aku ingin meminta maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki...
kerana aku tersedar bahawa...
nikmat yang aku dapat supaya menjaga silaturrahim yang ada adalah sangat indah dan tidak semua yang berpeluang mendapat nikmat itu...
aku sangat berterima kasih pada orang yang membuat aku tersedar akan nikmat itu...
dan tentunya aku sangat bersyukur kepada si pemberi nikmat; ALLAH SWT...

aku meminta seribu kemaafan darimu,
wahai si P yang pernah aku sayangi...

p/s: terima kasih pada P...sebab aku mendapat hikmah di sebalik apa yang terjadi...aku dapat tahu dan kenal siapa kawan, siapa lawan...siapa yang boleh aku percaya, dan siapa yang tidak... terima kasih...


Monday, December 7, 2009

datang lagi!!!!!!

huh!
dia datang lagi...
PENAT! PENAT! PENAT!
tadi petang dia call aku lagi...
sampai tiga kali!
tapi aku tak angkat.
jangan harap aku nak angkat!
aku terus off handphone!
apa yang patut aku buat ni...??
makin aku tolak,
makin dia datang.
dah laa...
tolong la....
tinggalkan aku...
aku dah tak nak apa2 lagi...
aku dah penat bagi dia peluang.
bukan sekali.
bukan dua kali.
malah berpuluh-puluh kali.
aku tunggu dia berbulan-bulan.
tapi dia tak hargai.
hati aku dah tertutup untuk benda2 ni semua...
hati aku dah beku.
dah tak ada perasaan.
perasaan ni dah tak ada lagi untuk dia...
malah untuk orang lain..
sebab aku TAKUT!
aku takut dengan apa yang pernah aku rasa...
TAHNIAH!
aku ucapkan syabas kat KAU yang berkenaan
sebab kau dah berjaya buat hati aku beku!
mesti puas hati kau sekarang kan?
apa yang kau nak sebenarnya hah?
AKU PENAT!

p/s: aku penat...aku dilema...tolong bagi aku privacy!

Saturday, December 5, 2009

tetamu yang tak diundang

hmm...dah lama aku tak post entry baru...
dah bersawang dah blog ni!
haish! sorry baby...
ibu tak sempat nak jaga baby...(-_-")

sepanjang tempoh aku tak update blog,
ade macam2 yang terjadi dalam hidup aku yang belum dimuntahkan di sini.
antaranya adalah....jeng jeng jeng...

aku terserempak dengan my EX; si P dekat Jusco!
huh! buat spoil mood aku je!
orang tengah happy2 nak tengok my edward cullen, terus dah tak ada mood!
jantung aku macam nak tercabut time tu!
yela...da lame tak jumpa...contact pun tak...
tiba2 muncul depan muka! adus!
dalam hati aku ni, dah bergelora...



haa...macam ni la apa yang aku rasa dalam hati aku time tu...
~ air terjun yinlianzhuitan, china~







actually, few days before terserempak dengan dia,
dia ada message aku setelah sekian lama menghilang...

P: askum...ape khabo?
aku: wslm...baik...sape ni ye?
P: hmm...manusia...ira x save no. **** eh?
aku: oh! **** ke...tak...dah delete...
P: how r u? shat? mara lg ke ape kt ****?
aku: dah x gune nk mara lg...kite bknnye ade ape2 pun...
P: hmm...nape ckp mcm tu? ganggu eh? lau bz xpela xnk ganggu k...
aku: u know what? ira hari2 nangis sbb ****, hari2 mimpi ****, nasib baik mira ada...
dia selalu ada sebelah ira bila ira susah, sedih...dia tak pernah tinggalkan ira mcm tu je...
dah la...ira da pnt tau x?
P: ira mimpi ape? nape nangis lak?
aku: ira hari2 mimpi **** buat2 x knl bile nmpk ira! sape yg x nangis?
P: nie kire rindu kat **** la nie eh? huhuhu ala jgnla lyn sgt mimpi tu. mainan tido je...ira jgn
la pikir sgt psl **** k...jgn tension2 k...
aku: huh! tu cerite dulu...mase baru2 putus...skrg dah x lg! ira dah xnk igt ape2 lg dah. ira nk
buang semuanye! dah lame menghilang, kenape tibe2 muncul balik?
P: hmm i'm bz k with my asgmnt...nie pon nk tanye khabo ira. lau ira rase **** nie ganggu idup
ira lg i'm sory k...n pas nie **** x ganggu ira lg k...


~end~

huh! lelaki!
senangnya dia cakap kan?
macam tak ada perasaan!
yang tanggung sakit hati, sedih, geram, penat tu sape yang tanggung?
aku jugak!
setelah berbulan-bulan aku pujuk hati aku,
aku rawat hati aku,
baru nak pulih,
dia muncul balik!
luka lama berdarah kembali!
YA ALLAH...sungguh sakit dugaanMU ini YA ALLAH...
sungguh payah aku nak lupakan dia...
kenapa KAU temukan aku kembali dengan dia?
aku belum bersedia...
aku dah penat...
aku dah tak nak sedih2 lagi...
hmm...
kuasa ALLAH...
takdirNYA selalu mendahului kita...
aku tolak dia di alam maya, ALLAH temukan kami di alam realiti...
ALLAH memang hendak menguji aku...

time terserempak tu,
dia senyum kat aku.
tapi aku buat bodoh!
aku tak mampu nak senyum walaupun secara palsu.
aku tak boleh!
aku tetap aku...
aku memang ego...
sekali orang memijak ego yang telah aku rendahkan untuk dia,
sepuluh kali aku akan pertahankan ego aku!
ya...
memang dia dah minta maaf...
memang aku dah maafkan...
tapi jangan kau harap hubungan akan seperti dulu...
aku tak boleh nak tipu hati aku...
parutnya masih ada...
aku dah anggap kau seperti orang asing yang tak pernah aku kenal walaupun kita pernah berkawan...
please...kedatangan kau tak lagi dialu-alukan dalam hidup aku...
tolong jangan datang lagi dalam hidup aku...please...
aku merayu yang amat sangat...

P/S: sorry...beberapa entry baru2 ni sangat emosional...i really need the word P.E.A.C.E in my life...