BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS


.: Don't compare your life to others'. You have no idea what their journey is all about :.

Wednesday, July 29, 2009

dah bersedia ke belum?


  1. Kenapa ada orang suka tabur janji tapi tak penuhi janji tu?
  2. Kenapa ada orang suka menjanjikan sesuatu yang diri sendiri memang tak boleh nak tanggung?
  3. Kenapa ada orang luahkan perasaan suka pada seseorang tapi tiba-tiba dia tinggalkan orang tu tanpa sebarang penjelasan?
  4. Kenapa ada orang sewenang-wenangnya mengungkap kata sayang walaupun baru kenal tak sampai seminggu?
  5. Kenapa ada orang yang suka main-mainkan perasaan orang lain?
  6. Kenapa ada orang yang datang tanpa diundang, pergi tanpa disuruh?

Hmmm.....
Sebenarnya ada banyak persoalan yang ada dalam kepala otak aku sekarang ni.
Tapi aku tak larat nak keluarkan semuanya.

Jawapan terhadap semua persoalan ni hanya satu...

TANGGUNGJAWAB

Ya...
Itulah jawapan yang sebaiknya yang aku boleh cakap sekarang ni...
Persoalan-persoalan di atas timbul bila kurang rasa tanggungjawab dalam diri...

Bila sebut tentang kurang tanggungjawab,
timbul pula persoalan baru...
Kenapa kurang tanggungjawab?

Rasa kurang tanggungjawab timbul apabila tidak matang mengikut peredaran umur, tidak mempunyai kesedaran diri, mengambil mudah di atas semua perkara, mudah terikut dengan cara orang lain tapi tak tahu (maybe tak nak ambil tahu) hendak menguruskannya dan tidak mampu untuk memikul tanggungjawab.

So,
silalah fikir dulu sama ada diri sendiri tu dah cukup bersedia atau belum untuk bertemu dengan perkataan tanggungjawab sebelum anda menabur kata, janji, perbuatan dan sebagainya tidak kiralah dalam apa jua urusan sekalipun....


Tuesday, July 14, 2009

gagak atau merak?


Aku pernah terbaca something...
Dan something ni sangat bermakna terutamanya untuk remaja...
Ianya boleh membuatkan kita berfikir, berfikir, dan berfikir lagi...
Nukilan ni hasil daripada Pahrol Mohd Juoi (penulis buku motivasi)
Jom kita renungkan bersama...


Harga diri orang yang putus cinta selalu rendah.
Penilaian diri terhadap dirinya sendiri menjunam ke paras terendah.
Rasa hina (gagak di rimba) berbanding kekasihnya yang pergi (merak kayangan).
Sedangkan jika masih ada iman bersemi di dada...
Kita masih boleh berfikir dan berhenti seketika, lalu berkata,
"Tuhan ada!"
Pujuklah hati dengan apa yang Allah tegaskan bahawa
yang baik pada pandangan kita belum tentu baik dalam realitinya.
Katakan,
dia yang pergi itu bukan yang terbaik.
Mungkin dia terbaik,
tapi untuk orang lain.
Dan yang terbaik untuk kita pasti datang sebagai gantinya!
Jangan katakan kenapa aku yang kena?
Jangan labelkan aku yang malang.
Tetapi katakan,
aku yang terpilih.
Terpilih untuk putus cinta dengan manusia
supaya 'terpaksa' bercinta dengan Allah.
Memang begitulah rahmat Tuhan,
kekadang Dia (Allah) memutuskan untuk menyambungkan.
Putus cinta dengan manusia,
tersambung cinta dengan Allah.
Inilah hikmah disebalik kesusahan, kemiskinan, kegagalan,
dan termasuklah putus dalam bercinta.
Dalam ujian kesusahan selalunya manusia lebih mudah ingatkan Allah...



Kesimpulannya...
Manusia selalu tak nampak apa yang tersirat di sebalik semua kejadian...
Kita perlu berfikir sejenak setiap apa yang berlaku pada kita
dan jangan mudah menyalahkan takdir...
Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui
dan Dia telah mengaturkan yang terbaik untuk semua hambaNya...


Monday, July 6, 2009

jealous a.k.a cemburu


Kenapa semua orang ada rasa jealous?
Tak kira la lelaki ke, perempuan ke, semuanya ada rasa jealous.
Si A jealous dengan si B tapi dalam masa yang sama si B jealous dengan si A!
Kita semua ada rasa jealous sebab manusia memang dilahirkan dengan sifat tak pernah rasa cukup dengan apa yang diorang ada.

Semua perkara ada baik dan buruk.
Macam tu juga dengan jealous.
Kadang-kadang jealous tu bagus.
Tapi kadang-kadang jealous tu kunci kemusnahan.

Contoh jealous tu bagus:
Si adik rasa jealous dengan kejayaan kakaknya.
Dia pun berazam nak berjaya macam kakaknya dan mungkin lebih berjaya daripada kakaknya!
Maknanya, disebabkan rasa jealous tu, si adik mempunyai azam yang sangat kuat dan secara automatik, kakaknya telah dianggap sebagai idola!
Haaa....kan bagus macam tu...

Contoh jealous tu hampeh:
Abu jealous dengan kekayaan yang dimiliki oleh Ali.
Abu rasa sangat sakit hati!
Abu nak juga jadi kaya macam Ali tapi dia malas berusaha.
Dia ambil jalan mudah dengan musnahkan Ali.
Dia pun berazam nak rampas semua harta Ali.
Alaaa....macam cerita indon tu; Bawang Putih Bawang Merah!

Secara kesimpulannya,
kita boleh rasa jealous tapi jangan sampai jadi hamba kepada jealous!
Jangan taksub sangat dengan jealous...
Kerana jealous yang terlampau, hidup pun musnah yang melampau!


Tuesday, May 26, 2009

aku salah ke??




Mak aku pernah tanya pada aku...,

" Kenapa tak cari cinta? "


Aku pelik kenapa dia tanya aku macam tu. Maybe dia risau agaknya tengok aku tak pernah nak tunjuk minat pada benda-benda macam ni... Mak...anak mak ni masih normal macam perempuan-perempuan lain. Lagipun, aku ni kecik lagi la... Baru 19 tahun!

Tapi aku cakap pada dia...,

" TAK NAK"

Bila aku cakap macam tu, mesti orang cakap aku ni sombong, ego, perasan bagus! Tapi diorang semua tak tahu apa yang aku rasa sebenarnya. Hanya Mira, sahabat baik ku dunia akhirat, yang tahu segala-galanya apa yang aku rasa...

Aku akui, setiap orang memerlukan cinta. Semua orang ingin rasa menyayangi dan disayangi. Tipulah kalau ada yang kata...,

" Ah! Aku tak nak bercinta! Aku tak perlukan cinta! "

Aku mengaku...aku pernah cakap macam tu. Tapi sebenarnya mulut kata lain, hati cakap lain. Hakikatnya, aku ni sebenarnya ego! penakut! Aku takut hendak ambil risiko. Aku masih tidak bersedia untuk memberi sebarang komitmen, tanggungjawab dan pengorbanan dalam hubungan percintaan.

Jika dalam hubungan kekeluargaan dan hubungan persahabatan pun aku tak boleh nak bagi seluruh komitmen, tanggungjawab dan pengorbanan yang sempurna, macam mana aku nak tambah lagi beban dengan hubungan percintaan?

Aku tak nak orang tahu kelemahan aku...
Aku tak nak orang menanggung perasaan makan hati dan sakit hati sepertimana Mira pernah lalui...
Aku tak nak sakitkan hati orang lagi...
Aku masih lagi tak bersedia...

Realitinya, aku masih seperti orang lain. Aku sedang menunggu bilakah waktunya untuk aku bersedia bercinta akan tiba dan siapa yang akan jadi MR. RIGHT aku. Aku juga sedang mengharap agar MR. RIGHT aku yang akan muncul suatu hari nanti untuk melengkapi diri aku itu boleh menjadi seperti Mira; boleh menerima kelemahan aku, tak biarkan aku terkapai-kapai...
Apa-apa pun, aku hanya berpegang pada satu prinsip...,

" Sesungguhnya lelaki adalah pemimpin kepada wanita. Andai belum sampai jodohmu, anggaplah bahawa lelaki yang kau nantikan itu sedang membina sahsiah kepimpinannya bagi memimpin dirimu. Kerana pada wanita itu pasti ada kekurangannya dan lelaki yang benar-benar layak pasti akan hadir untuk melengkapkan kekuranganmu... "


Buat masa sekarang, aku hanya nak fokus pada satu; PELAJARAN! Tu
yang lebih penting...sebab pelajaran merupakan pelaburan yang amat besar untuk dijadikan sebagai jaminan masa depan... :)

my dear buddy....


NOOR AMIRAH BT AHMAD...
Dia sahabat baikku.
Dia rakan karibku.
Dia bestfriend ku.
Dia 'belangkas' ku.


Nak sebut benda tu semua, memang senang. Tapi nak dapatkan benda tu, Ya ALLAH... hanya Tuhan yang tahu.
Tidak semua orang mempunyai persahabatan seperti itu.

Aku boleh dikira bertuah kerana mempunyai persahabatan yang begitu akrab dalam usia yang muda. Tapi, seperti apa yang aku katakan tadi, nak dapatkan SEORANG sahabat baik, memang sangat payah...!! Ia memerlukan TANGGUNGJAWAB. Manakala tanggungjawab pula memerlukan KOMITMEN dan PENGORBANAN.

Bila sebut tentang pengorbanan, Mira (thats what I call her) memang dah banyak buat pengorbanan untuk aku. Dia telah mengorbankan masa, tenaga dan perasaan untuk aku. Dia banyak membantu aku dalam apa jua pun sama ada pelajaran mahupun hal-hal peribadi.

Tapi yang paling aku kagum, dia paling banyak berkorban untuk aku dari segi perasaan. Dia selalu makan hati dengan aku sebab aku ni seorang yang pentingkan diri sendiri, ego, degil, keras kepala, panas baran, tak fikir perasaan orang lain, ....... macam-macam lagilah!

Tapi dia sabar...dia terima je apa yang aku buat. Bila dia dah tak tahan, dia nangis sorang-sorang. Aku kesian kat dia. Tapi nak buat macam mana? Tu semua dah memang sifat aku. Pernah orang tanya pada dia, macam mana dia boleh jadi bestfriend aku? Macam mana dia boleh tahan dengan aku? Nak tahu dia jawab apa...??

Dia cakap...,

" Setiap orang mempunyai kelemahan masing-masing. Dan setiap orang memerlukan orang lain untuk melengkapi antara satu sama lain supaya kelemahan itu dapat diubah menjadi sempurna. Kita memerlukan orang lain untuk melengkapi kelemahan kita melalui sebuah perhubungan. Di dunia ni, ada banyak perhubungan; hubungan kekeluargaan, hubungan percintaan, hubungan persaudaraan, dan macam-macam lagi. Tapi dalam kes aku dan dia, ianya digelar hubungan PERSAHABATAN"

Aku rasa terharu bila dia cakap macam tu. Dia sangat memahami aku dan tidak terus menghukum aku. Malah dia membantu aku dengan selalu tegur aku bila aku terbuat silap. Dia tahu, aku bukannya sengaja nak buat benda-benda tu semua dan aku selalu tak sedar apa yang aku dah buat telah menyinggung perasaan orang lain.

Alhamdulillah...dengan berkat pertolongan dari Mira, aku amat bersyukur bahawa semua sikap negatif aku beransur kurang walaupun ianya masih ada.

Itulah pengorbanan Mira untuk hubungan persahabatan kitorang dan inilah komitmen serta tanggungjawab aku untuk terus berubah kepada yang lebih baik supaya hubungan kitorang kekal harmoni sehingga ke akhir hayat...

Aku berdoa...,


" Ya ALLAH,
Sahabatku buah hatiku,
Mesra kami penawar duka,
Rindu kami menambah cinta,
Rajuk kami membuah ceria.
Ya ALLAH,
Silaturrahim kami ukhwahfillah,
Bermusuh kami na'uzubillah,
Berpisah mati innalillah,
Pengubat hati doa rabitah.
Ya ALLAH,
Rahmati kami meniti usia,
Terpisah kami di alam nyata,
Temukan semula di TAMAN SYURGA... "